Iswardy Morni terdesak,samakan tutup syarikat judi dengan tutup rumah ibadat

 Pemimpin PKR ini yang berasal dari Sarawak seharusnya tidak menampakkan kejahilannya di khalayak ramai dan sikapnya yang seolah-olah memihak pada tauke judi. Tidak ada agama yang menghalalkan judi. Tidak ada. Iswardy bercakap untuk siapa? Keadilan untuk apa? Untuk penagih-penagih judi? Atau ini semua hanya modal politik Iswardy ekoran apa-apa saja yang lawannya buat,Iswardy memang jadi penentang dan perkara yang betul pun dia lawan menampakkan lendir,daki,lumpur politik yang membarah. Iswardy menggunakan hujah cetek untuk meraih perhatian murahan.


Iswardy menyebut tindakan Kerajaan Kedah menutup premis judi sebagai judi dengan membawa falasi:

"Habistu kenapa tak roboh kuil,roboh gereja sebab syirik dosa besar"


Maaf tetapi ini bangang atau dalam bahasa sarawaknya "tuyuk". Syirik adalah dosa besar sebagai seorang Islam yang mempersekutukan Allah sementara tindakan Kerajaan Kedah itu wajar,cuma tauke judi,taik judi saja yang kepanasan sebab taik judi tak mengira bangsa,yang islam pun ada. Saya yakin mana-mana parti politik pun akan menyokong tindakan tersebut termasuk PKR sendiri kecuali yang bergelumang dengan taik politik seperti Iswardy yang terlampau membenci orang lain hingga menolak tepi apa yang bagus untuk masyarakat. Judi pula adalah perbuatan yang dikutuk semua agama bahkan yang tak bertuhan pun melarang judi seperti di China. Bahkan negara bukan Islam melarang judi di negaranya. Apa maksud Iswardy menutup premis bersamaan dengan analogi menutup rumah ibadat bukan Islam?


Ini menyebabkan salah faham dalam kalangan non muslim akibat daripada kejahilan Iswardy. Kenapa konsep syirik terpakai pada non muslim pulak? Sedangkan jelas "untukmu agamamu,untukku agamaku?"

Islam melarang meruntuhkan rumah ibadat. Islam mengalakkan umatnya mencegah perkara yang mungkar dan judi ini perkara yang mungkar...dimanakah kesalahannya? Dimana unsur ekstremisnya? Inilah yang terjadi bila zombie politik bercakap.

Kepentingan

Setiap orang mempunyai kepentingan tersendiri. Kepentingan selalunya lebih besar daripada sesuatu yang lain jika tepat pada waktunya. Kepentingan beragam dari wang,hubungan, identiti dan defensifnya kepentingan selalu hadir apabila semua ini terancam.

Belum mempunyai kepentingan adalah waktu yang menarik ekoran dimasa ini kepentingan yang tumbuh belum membuak-buak.

Lihat eksperimen monyet diperkenalkan kepada konsep wang yang mana keputusan pembeliannya agak mirip dengan manusia meskipun tujuannya ya,sudah tentu haiwan yang cuma memikirkan kehendak seperti makanan dan lainnya. Eksperimen ini berlanjut seperti yang dilaporkan bla bla tetapi monyet memang mengenal konsep wang dan monyet mula mengenal untuk bersikap seeloknya dengan kepentingan (wang). Dan diatas wang adalagi yang lebih tinggi iatu wang dan kehendak untuk mengawan. 

Manusia sudah tentu lebih kompleks dalam dunia penuh kepentingan. Memahami kepentingan membolehkan kita sedar dan mungkin tidak mudah untuk terpedaya dengan sesuatu yang lain-persepsi yang penjelasannya cukup panjang.

Semua orang sedar setiap orang ada kepentingannya tetapi kesedaran itu selalu dilupakan oleh maklumat-maklumat dan "gangguan" yang boleh dikatakan tercipta atas kepentingan lain. Maklumat memainkan peranan penting, minda memproses maklumat melahirkan pemikiran, spektrum dan pemikiran juga mempengaruhi emosi dan cara tingkah laku. Memang yang tidak terlalu deterministik dengan input pemikiran dan perilaku yang berbeza.

Bagogo dalam siri animasi Boboiboy merupakan semacam pelajaran awal kepada perwujudan kepentingan. Bagogo merupakan seorang yang mempunyai kepentingan dalam perniagaan dan Adudu merupakan salah seorang pelanggan setianya meskipun harganya mahal. Bagogo datang untuk mengingatkan Adudu serta boboiboy melarikan diri daripada serangan abang-abangnya. Bagogo sedar kepentingan perniagaannya lebih tinggi daripada kemarahan ditipu oleh Probe. 

Sesebuah negara tidak pernah ada sahabat sejati kecuali atas dasar kepentingan. Apabila sesuatu yang bertentangan dengan kepentingan, disitulah munculnya headline. Amerika Syarikat digambarkan dalam filem Patlabor 2 sebagai negara berkepentingan yang merupakan villain kedua selain pengganas dalam filem tersebut.

Dan persoalannya semua yang wujud di sekeliling kita,belenggu simbol-simbol,jargon,kepedulian itu semua datang dengan wajah murni? Semuanya ada kepentingan kan? Atau selama ini kita melihat manusia daripada kertas dan bukannya sebagai manusia.. seperti kita?

Stereotaip jantina- dan matriakis

Kurang rasional dan tidak adil mengeneralisasikan semua lelaki sebagai sifat-sifat yang tak elok dan saya juga sebagai perempuan yang menentang sikap bias dan selektif oleh retard-feminis yang bertopeng perjuangan wanita. Secara rasionalnya,seseorang manusia tidak boleh distereotaipkan dengan perlakuan oleh orang meskipun orang itu ada identiti yang sama. Ketika ramai wanita di TikTok memberi sokongan terhadap gigolo Melayu waktu yang lepas adakah saya yang juga perempuan Melayu menentang aktiviti ak bermoral itu dikatakan juga pendukung gigolo itu? Dimanakah prinsip para matriakis ini ketika kes gangguan seksual dalam kalangan lelaki juga meningkat yang diganggu wanita? Kerana itu stereotaip jantina dan persepsi yang dibawa oleh golongan matriakis ini tidak ikhlas melainkan mendendangkan agenda mereka semata-mata. Mereka menunggang isu-isu untuk ideologi mereka dan tak lain persepsi terhadap lelaki. Kenapa seluruh lelaki harus dianggap seakan-akan berwajah binatang? Adakah puak matriakis beranggapan "meneutralisasikan" lelaki akan menyelesaikan masalah? Taktik "I've met" itu bukan bukti melainkan pandangan dan saya juga boleh menggunakan cara yang serupa bahawa saya pernah ternampak didepan mata perempuan 

Dan bagi kenyataan popular bahawa majoriti pelajar universiti adalah wanita bagi mencipta satu lagi stereotaip,apa jawapan matriakis apabila majoriti pelajar di Institut Teknikal adalah lelaki? Perempuan reti teori,lelaki reti teknikal,gitu? Atau matriakis nak cakap yang pergi Poli ni bodoh ke,itu satu kes pulak .

Ini terpakai pada puak sigma di TikTok,puak feminis di Twitter bahawa kalau ada isu dengan perempaun atau dengan lelaki tak payah kaitkan seluruh jantina. Sigma di TikTok menganggap perempuan yang minat engineering sebagai sepatutnya duduk kat kitchen gitu,Matriakis kat Twitter pulak menggangap semua lelaki per*gol. Pelik betul dunia. Dua-dua ekstrim.

Saya kini berada di Medium

 Menulis blog merupakan hobi masa lapang sejak Tingkatan 3 dan kadang-kadang saya bernada serius dan berat,dalam masa yang sama bernada jenaka dan tidak lari dari kehidupan sebagai generasi Z yang sinonim dengan emoji batu. Di Kolej saya dikenali dengan emoji batu ekoran setiap kali membalas mesej WhatApps,emoji batu adalah format wajib hehe..tetapi saya akan menghimpunkan segala tulisan serius dan berat pada platform medium.

Anda boleh meninjau-ninjau disini: https://medium.com/@fatihahhazmi

wattpad: https://www.wattpad.com/user/ohraet


Sebenarnya Kementerian Dalam Negeri sedar, semuanya propaganda.


Pengharaman buku adalah sebuah hal yang sangat kontroversi dan penulis-penulis sentiasa menjadikan KDN sebagai watak jahat yang menghalang kebebasan bersuara mahupun kebebasan memilih namun KDN tidak semata-mata mengharamkan buku berbaur ideologi LGBT,Komunis, Kiri sebaliknya kumpulan pengganas seperti ISIS dan Daesh serta ajaran sesat dan banyak lagi. Mungkin ini menimbulkan kemarahan ekoran ramai penulis merujuk apa yang dilakukan KDN adalah sebuah tingkah 'pembodohan' dan hal itu boleh lagi dipersoalkan terletak 'kebodohan' dan KDN bukan semata-mata dikelolakan Menteri yang bertukar-tukar sebaliknya lebih banyak individu yang sedar keselamatan dalam negara.

KDN sedar,buku-buku,filem,muzik inilah propaganda sejak zaman berzaman yang melahirkan subjek propaganda. Soviet menggunakan taktik sebegini untuk memenangi perang dingin. Amerika Syarikat juga serupa. Propaganda lahir sebagai senjata dan upaya untuk memenangi persepsi dan perang persepsi lebih berkesan berbanding senjata dan kajian CIA juga mendapati 98% orang terperangkap dalam persepsi dan kebanyakannya berjalan dan menjadi seseorang diatas persepsi tersebut. Permainan persepsi membentuk banyak peristiwa, ahli politik antara individu yang menggunakan permainan persepsi dan beberapa tahun lalu saya pernah menulis tentang "Manusia sembah sesuatu" dan akibat fitrah manusia yang gemar mengidolakan sesuatu maka ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk memenangi.

Jadi...semuanya propaganda? Tidak ada kebebasan dan keadilan dari manusia yang percuma,semuanya beragenda.

Apakah ada niat yang murni dalam peningkatan radikalisme dan ekstremism sekular-liberal di Malaysia?

Kepesatan teknologi membolehkan lautan maklum kini menjadi sebuah realiti dan maklumat adalah senjata yang lebih efektif berbanding kecanggihan senjata dan kecerdasan buatan ditakuti kerana teknologi tersebut adalah jambatan kepada 'lautan maklumat' dengan ketidaktahuan manusia. Di era perang dingin, Soviet menggunakan taktik maklumat sebagai senjata dengan memasukkan jarum ideologi seperti komunisme,marxism dan sebagainya ke dalam buku-buku di Amerika Syarikat yang menyebabkan dominasi golongan kiri di negara tersebut yang anti-kapitalis dan anti-perang itu tumbuh hingga hari ini fenomena yang sebenarnya Soviet 'berjaya' tetapi jatuh tanpa sempat merasa lama kejayaan tersebut. 

Dalam konteks setempat, kemasukan novel-novel,muzik-muzik dan kandungan dari pelbagai pelosok sepanjang zaman menyaksikan adanya penganut atau kiblat secara tidak langsung pada asal usulnya. Berdasarkan pemerhatian penulis dalam sesetengah buku,unsur-unsur seperti apatisme dari sesetengah manga dan anime dalam jumlah yang banyak melahirkan trait individu yang apatis dengan apa yang berlaku. Sementara unsur postmodernism juga terlihat jelas dalam sebahagian besar penerbit alternatif dan sesetengah arus perdana ekoran mungkin ideologi penerbitannya sebagai pulp fiction yang urban dan idea urban dan hutan batu adalah lahir daripada pax-americana hingga melahirkan kumpulan sosial "orang bandar" yang mempunyai psikologi dan persekitaran yang berbeza dengan "orang kampung". Di wilayah Wakayama,Jepun sesetengah penduduk membiarkan perkampungan mereka terbiar untuk berhijrah ke Tokyo untuk kehidupan yang baik seiring dengan kepesatan industri teknologi Jepun sebelum gelembung meletup. Sekitar 1990an,Allahyarham Adenan Satem pernah merungut tentang masalah rumah setinggan di Kuching Sarawak dimana penghijrahan dari kawasan kampung ke bandar menyebabkan pertumbuhan tinggi rumah setinggan dan menurut BAHAM (2016)  hampir 90% Melayu Kuching tidak mempunyai tanah. Ini menggambarkan urban sebagai pusat yang membolehkan kumpulan urban terbentuk yang tinggal di Bandar yang asalnya kumpulan dari perkampungan.

Ini telah mengakibatkan golongan ini sebilangannya menerima teknologi untuk mengakses maklumat dari pelbagai negara. Generasi awal Internet hari ini adalah Generasi X yang menggunakan teknologi pada perkembangan yang awal namun penulis sedikit kurang setuju dengan Internet sebagai faktor pertama yang membawa kepada faktor domino dan sebelumnya, stesen-stesen Televisyen dari luar negara dan pendedahan kepada nilai luar mengakibatkan sesetengah orang yang menjadi subjek membawa nilai yang serupa ditanah air. Teori identiti dimanfaatkan sebaiknya ketika usia remaja yang mencari model contoh yang sesuai dengan persona mereka. Sukar untuk menjelaskan satu persatu unsur luar yang ada dalam setiap kandungan di Malaysia ekoran kekurangan penulis setempat untuk berada dalam dimensi tempatan itu hampir tidak ada ketika zaman itu namun seiring perkembangan zaman dengan kelahiran penulis baharu dan sebenarnya ada sisi lain "budaya luar" ekoran ketika Revolusi Iran 1979 dengan menjatuhkan pemerintahan Shah yang merupakan manifestasi dari gerakan melalui media-tape-ceramah Imam Khomeini menyebabkan rakyat sedia untuk berubah dari monarki kepada Republik Islam. 

Di Malaysia ketika itu Islam didefinisikan "Islam Melayu" dengan perbandingan dengan "Islam Arab" walaupun terlebih dahulu faktor "penjajahan Inggeris" menjadi faktornya hingga aktiviti-aktiviti seperti kasino,kabaret,judi,minum arak sebagai simbol kemajuan ekoran Sanib Said pernah menulis keadaan Melayu di abad ke-19 sangatlah mendukacitakan dengan kemiskinan dan kekurangan ilmu pengetahuan dan  inilah modal untuk menyamakan pemikiran Melayu yang merupakan rakyat Sultan sebagai kunci kertertinggalan mereka atau dalam bahasa dan pemikiran Baratnya,feudalism. 

Alhasil dari situ lahirlah gerakan untuk merubah masyarakat yang semakin "konservatif". Menariknya betapa sistematiknya peningkatan konservatism menurut " liberal" ini ekoran secara peribadi bagi penulis, makna konservatism  menurut kaca mata sesetengah penulis yang "liberal" berbeza dengan tradisional yang dipegang Melayu-Islam dan memandangkan Islam sendiri sempurna, tiada istilah konservatism ekoran ketetapannya sendiri tidak berubah melainkan datang sebagai "kepuasan sosial",istilah yang disebut Abdullah Chek merujuk golongan yang mendakwa masyarakat memerlukan perubahan dalam cara berfikir walaupun sebenarnya mereka kurang "peduli" seperti golongan sasterawan dan aktivis. Ini pedas tetapi Abdullah Chek seorang yang realis dan seorang yang lebih banyak berjasa dalam membangunkan kawasan bandar dan pedalaman di Sarawak berbanding sasterawan, pemikir dan ahli retorik.

Berbalik kepada reaksi terhadap berkembangnya "konservatism" (meskipun saya tidak tertarik pada sesuatu gerakan dilabel dengan label luar) dimana penubuhan sekolah agama kerajaan, JAKIM,Islamisasi,HIKMAH akhir abad 20 menyebabkan lahir produk-produk baharu dalam acuan baharu ini. Namun sedikit penghargaan khususnya di negeri Sarawak ekoran HIKMAH ditubuhkan ketika ideologi ateism,sekularism dan liberalisme meresap masuk di sekolah-sekolah swasta ketika itu dan ramai pemimpin Sarawak lahir di sekolah yang saya tidak akan sebut ini,para intelektual Islam berbincang dan lahirlah BINA dan Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya'kub adalah seorang yang sangat berjasa malah beliaulah yang berjasa dalam citra kembali kepada leluhur Melayu-Islam meskipun seorang berbangsa Melanau dan secara peribadi beliau adalah inspirasi saya untuk terus belajar ekoran beliau dalam usia yang lewat memiliki ijazah sarjana. Hari ini,HIKMAH berjaya membangunkan bakal-bakal peneraju masa hadapan dan Kolej Universiti mereka yang menggunakan tahfiz-TVET bakal mengambil kumpulan pertama anak tahfiz untuk program teknologi maklumat pada 2026 kelak.

"Setiap daya akan ada bertentangan"

Namun, 'team sebelah' juga sistematik dengan urbanism yang disebutkan tadi. Media sosial dalam skala menjadikan kelompok ini menerokai selain media arus perdana dan meneroka komunisme, liberalisme, social justice hinggalah wujud gerakan seperti SIS,KMU dan banyak lagi, bagi kes G25 itu hanyalah produk masa lalu yang tidak lagi relevan dan hanyalah gejala yang sering disebutkan Allahyarham Mohamed Rahmat. Namun gerakan sebelah kini beransur-ansur menjadi elit padahal asalnya perubahan untuk rakyat marhaen. Model yang kurang sesuai? Gerakan untuk "berubah" atau slogan bercampur populisme iatu kebebasan, keadilan itu semakin bersifat komersial dan berlaku pada kelas tersendiri sahaja. Lihat sahaja betapa ramai intelektual dan pemikir aliran alternatif yang berada pada jalur elitisme dan elitisme itu mengakibatkan wujudnya sikap superior berbanding dan fenomena ini universal kerana manusia itu pada akhirnya segalanya tentang dirinya dan ego.

Akibat daripada rasa elit ini membawa dunia terasing daripada masyarakat marhaen dan orang-orang kampung dan ironinya golongan miskin adalah subjek yang selalu dibawa mereka untuk merasionalkan perubahan cara berfikir tentang identiti sebagai solusi. Dan apabila masyarakat menolak, maka elitis ini tidak lagi "sedia membantu!" dan dipenuhi agenda. Setiap ideologi adalah agenda dan masyarakat setempat tidak harus berada rendah diri dengan ejen-ejen pemikiran luar.

Dan impak dari keterasingan sentiasa melahirkan perasaan untuk mengawal, mendominasi dan sepanjang sejarah manusia saling menakluk antara satu sama lain dan kali ini sisa ingin mendominasi itu masih ada dengan totalitarian dan golongan ekstremis sekular-liberal yang lahir akibat keterasingan pada masyarakat setempat. Ketika golongan mereka mencadangkan agar JAKIM dimansuhkan dan Sekolah Tahfiz dimnsuhkan dan mengisytiharkan Malaysia sebagai negara sekular mirip Turki era kemal maka corak radikalisme dan ekstremism juga terpakai pada mereka sedangkan Sekolah Tahfiz diwujudkan atas pilihan dan bukan paksaan,dan bukankah menghukum pemikiran yang tidak sealiran juga bentuk autoriti pemikiran mirip seperti era Soviet? Dan siapa sebenarnya ekstremis disini? Itu persoalannya? 

Selepas Revolusi Rusia,terbentuknya Soviet yang asalnya mengambil aliran komunisme dan seperti biasa sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin akan mendefinisikan "kebenaran" dan diatas ideologi radikal itu,pemimpin membunuh rakyatnya sendiri. Ramai yang menafikan ini tetapi sesiapa sahaja yang berada di puncak akan menjadi korup dan ideologi yang dibawanya juga akan sedang diuji di lapangan dan ciptaan manusia selalu tidak sempurna. 

Dan kebetulan sebagai sebuah negara persekitaran "santai" berbanding dengan negara-negara yang membentuk revolusi dan bakal kembali ke zaman monarki. Revolusi? Tidak,sikap manusia tetap sama. Jika model yang memperjuangkan kebersamaan,sang pejuang itulah yang menjadi raja bukan monarki yang baru.

"Jadi diri sendiri", nasihat palsu ini memakan ramai orang


Apa yang "jadi diri sendiri" sebenarnya? Sebuah video yang seolah-olah membalikkan keadaan (yang sebenarnya berlaku dimana saya tinggal) iatu stigma negatif terhadap pemakai tudung. Tetamu menjelaskan bahawa beliau punyai trust issue pada perempuan bertudung,wow..itu stereotaip,salah satu simpang menuju prejudis.

Dan tetamu kerapkali membawa pandangan orang lain seperti "judge" orang lain dan ironiknya dimensi "judge" jugak berlalu kepada dirinya, bukankah dirinya tengah judge orang bertudung sekarang? Dan persoalan tentang menjadi diri sendiri itu seringkali menimbulkan persoalan yang besar bahawa adakah menjadi diri sendiri dengan tidak lagi dibayangi kewujudan orang lain? Atau sejak bila manusia memiliki jasad melainkan pinjaman? Tetamu seakan dibayangi perhatian dan jelas tekstur "perhatian masyarakat" dan fenomena  perhatian adalah sesuatu yang lumrah di zaman media sosial yang telah mendefinisikan realiti...

Islam telah membebaskan manusia dari sebarang bentuk penghambaan, bebas daripada ideologi ciptaan manusia,bebas dari takluk dari penghambaan "human attention" ,bebas daripada tunduk pada hawa nafsu,bebas daripada tunduk selain Allah dan bukankah ini jawapan? Kita tidak perlu berada dalam jalur untuk terlihat wujud di mata makhluk. Kerana hujungnya berakhir kekecewaan dan ramai manusia sengsara daripada itu.

iyerr,Ateis menunggang Sains berlambak kat Malaysia🗿



Setiap orang ada cara pandang dan seperti biasa blog ini sering menekankan ateisme hanyalah kultus atau sekte yang seperti ajaran Millah Abraham(eh tiba-tiba teringat case study saya ,next time post), Ibu Yati,Rasul Melayu🗿🗿.

Sebagai seorang yang dah lali dengan ateis-agnostik,dorang ni bergantung dengan kenapa orang tu jadi ateis,faktor "self defense" lagi penting dari "logika" "kebenaran" bagi para ateis. Istilah yunani-Anglo sering dibawa-bawa tu pun separuh masak.

Kebanyakan ateis dan murtadin dipengaruhi masa lalu yang buruk,seorang murtad yang pernah bersekolah agama dahulunya sering dibuli di sekolah lama sampai dia menyalahkan Islam dan kini menjadi pastor. Dan kes-kes perlakuan buruk dari individu yang membawa imej agama jadi dia dah selarikan terus seseorang tu mewakili Islam. Kita bersimpati untuk apa yang berlaku tetapi sebaliknya para bekas "Muslim" ini membuli dan meskipun keluar dari ajaran menurut mereka dipenuhi " kebencian" ,mereka tidak dapat melepaskan diri daripada "kebencian" yang pekat. Aneh,bukan? 

Merujuk kes abang Helmi kat atas dan quote beliau; "Ateis dahlah jahil agama, Sains pun jahil"🗿🗿 Sangat apologetik ya bang Helmi.

Sains sebenarnya hanyalah alat untuk merasionalkan spektrum "ateis" dan hanya memetik apa yang disukai dan sesuai dengan perspektif " Tiada Tuhan". Sedangkan penentangan ateis terhadap agama itu didasari emosi melampau yang bertopeng "rasional". Mengapa tiba-tiba masuk ke dimensi Sains? Mungkin itu saja alat ateis,modal Sains dipetik sesuai tekak sendiri dan menyimpang dari " Sains"?

Sindrom yang kebiasaan dalam kalangan ateis adalah "Learn No More" dimana pemikiran mencapai kesempurnaan kebenaran itu ada dalam diri mereka,tidak perlu kaji lagi,semuanya noktah bahawa "Tuhan tidak ada". Semudah itu. Ateis juga hidup dalam perasaan merasa lebih pintar, benar berbanding teis diatas kesedaran palsu. Masalahnya itu bukan kesedaran, itu perspektif.


"Human are FREE" on sales!

(This is my anonymous writing few years ago🗿) 

Many views are influenced by idealism derived from textbooks created by thinkers throughout history. For example, the events in North America have resulted in books that have become holy scriptures for some people today. The local community, which still holds onto its heritage, needs to defend its inherited identity compared to the new identity imposed from outside. Everyone struggles with their identity, and some seek to defend or even destroy it. This may sound anarchistic, but the reality is that to truly see humans without the illusions that surround them, we must recognize them as imperfect and fragile beings. Humans are always in search of hope, and suffering is often a part of the journey towards finding hope. If individuals are impoverished, they strive to escape poverty. If they believe society should let go of their local culture and embrace a new one, hope for such a change is born. Anyone who obstructs that path is seen as a real enemy. We can observe that when individuals face obstacles in fulfilling their hopes, they resist as much as possible.

However, everything depends on something. Nothing comes for free; instead, everything comes with a form of servitude. Religious people are correct in asserting that worshiping something is human nature. It is through worship that true hope exists, and without hope, based on suffering, humans may be willing to die immediately. During my educational years, I hoped to pass exams; when I passed exams, I hoped to graduate; when I graduated, I hoped to become a successful scientist. As Pascal explained from the beginning, it is in times of difficulty that humans are naturally inclined to hope, and the uncertainty of those difficulties makes humans beings who hope for anything.

In the case of cult leaders in South Korea and Japan, they cleverly exploit the nature of predominantly atheist humans who seek hope and purpose. However, Karl Marx made a mistake in claiming that religion is opium, as religion is just one of the options to fill the void within humans. Marx was influenced by Hegel, and we are aware that he adopted Hegel's ideas, which are essentially racist. Even today, Marx's supporters deny that he referred to Asians as monkeys. It is important to remember to see humans as humans. I was educated to learn to disregard any identity that individuals form on the streets due to their disappointment with the destruction of their previous identity caused by external forces stemming from their own shortcomings. It should be understood that all identities created by humans can crumble due to their inherent fragility. How can humans possibly explain the entire contents of this world?

In heated discussions about the end of modernity, it is argued that Fukuyama was mistaken in claiming that humanity had reached the final stage with Adam Smith's book. This claim is incorrect because that ideology has died out worldwide. Humanity is now embracing its ancestral identity, even in Malaysia and the state of Sarawak itself, despite politicians continuing to engage in rhetoric, which will also come to an end. Even I, since my school days, was a secularist who now embraces my original identity as Malays-Muslim without becoming a slave to humanity.

In reality, humans defend their ego in various ways, and to differentiate intellectuals and challenge their theories, one should observe the extent to which they defend their ego. In the everyday world, anyone can become corrupt, and money is not just an object. Many intellectuals become corrupt because they are captivated by the allure of a leader who blinds their judgment. Why? Because they are human.

When I encounter individuals who label themselves as free thinkers, I dismantle the dream of freedom and the illusions that humans find in the books they read. As long as something originates from humans, it is inherently false and akin to fairy tales.

Who claims that humans are free? Smith? Russell? Dawkins? Yourself? Humans themselves? And who states that humans must be free? Humans themselves? Humans can create free interpretations despite being confined by the concept of freedom. Only time will determine when that dogma will cease to exist and die in a humiliating state, and we are witnessing that process right now.

Jika Hang Jebat pejuang rakyat, kenapa dia membunuh rakyat?

Hang Tuah dikatakan penyembah raja akibat kesetiaan tak berbelah bagi terhadap raja dan Hang Jebat pula penderhaka yang membela rakyat. Tetapi..

Hang Tuah setia dek kerana dia sedar kestabilan Melaka lebih penting dan adakah kerana dia seorang, sebuah negara harus dikorbankan? Kelompok Hang Jebat hanya melihat dari dirinya seorang, jika Sultan dibunuh, siapa yang memimpin Melaka? Huru-hara Melaka. Memang Hang Tuah setia pada apa saja titah Sultan meskipun harus melakukan sesuatu yang salah. Itu kontranya.

Dan Hang Jebat yang sering dicap sebagai pejuang rakyat selepas mengamuk tiba-tiba membunuh ramai orang tidak bersalah. Itukah pejuang rakyat? Ini pelik. Sesetengah golongan suka menggunakan Hang Jebat selaku simbolik penentangan, yang jelas semuanya berorientasikan dirinya sendiri hingga bermukah dengan Dayang Istana dan membunuh rakyat Melaka yang tidak ada kena mengena. Pejuang rakyat? Huh.

Apa masalahnya melaungkan "Melayu-Islam" ?

Sebenarnya dari dulu lagi aku hairan, apa masalahnya melaungkan "Melayu-Islam"? Lantak oranglah nak laungkan apapun,diorang pun kemain " Hidup!Hidup!" kat tokoh sanjungan diorang siap buat lagu bagai.

Seorang menteri Sarawak(dan aku pun dari Sarawak) seolah-olah menganggap benda ni macam kelompok yang melaungkan macam suruh bunuh orang gitu. Selama berpuluh tahun sejak Malaysia ni ditubuhkan pernah ke orang Melayu tiba-tiba tumbuk kaum lain? Pernah ke laung "Hidup Melayu" ni suruh Melayu diskriminasi kaum lain? Ni level takut dengan sesuatu yang takde dah. Takde masalah kau nak kata "Hidup Melayu" ke "Hidup Cina" ke, "Hidup Melanau" ke,yang masalahnya sekarang apa benda kaitkan "Hidup Melayu" dengan naxisme?

 Prejudis betul,tahulah kau benci dengan sesetengah kelompok ahli politik yang bawak slogan Hidup Melayu pastu orang-orang Kampung dijadikan punching pulak? Pembuli elit.

"Hidup Melayu-Islam" tak salah, sebab takde apa yang rasis dengan slogan tu. Yang rasis hina bangsa lain,hina kaum lain,stereotaip.

Aku pernah jumpa budak Twitter kemain gebang betapa harmoni negeri dia sekali dah koyak terus jadi rasis "sebab bangsa kau tak reti cakap bahasa Inggeris"😂

Doktrin Perang antara agama,tersekat antara dilema

Entri ini memang sebuah cakap kosong, sembang, bullsh*t,ketika orang ramai, kanak-kanak tidak bersalah dibunuh ,kita masih bergaduh dengan idea,perspektif, berbasa-basi sedangkan jelas membunuh orang yang tidak bersalah, dan pembersihan etnik itu tidak perlu memerlukan sebarang ideologi dan perspektif! Manusia waras mana yang mengizinkan pembunuhan kelompok yang tidak bersalah.

Doktrin perang agama masih tebal. Tidak ada pengkhianatan terhadap Tuhan! Adakah menentang kezaliman Saudi,kezaliman Saddam bermakna menentang Islam? Tetapi ini yang terjadi ketika mengatasnamakan penjajahan atas nama Tuhan. 

Ketika rakan mengatakan "leave it to God" adakah para Zionis yang takut ini mengatakan ini semua kerja Tuhan? Tuhan membunuh 32,000 orang tidak bersalah ekoran 32,000 ini bukan pilihannya? Ada ketidakadilan disini. Semudah itu berbicara serahkan kepada Tuhan,yang dibunuh itu manusia,yang membunuh itu manusia, maka yang sedang dihalang itu manusia, bukan Tuhan! 

Orang-orang seperti Mossab Yousef,pelawak yang entah dari zaman bila dengan identiti "ex khhamas" walaupun meninggalkan Gaza sejak zaman remaja lagi tiba-tiba mendefinisikan kesengsaraan rakyat Gaza dan kezaliman tuannya.  Mossab tidak ada beza dengan zionis di seluruh dunia yang terletak tidak pernah berada di tapak kaki orang yang dizalimi ini,skrip percakapannya saja direka hingga kadang-kadang emosi tak tentu pasal dan hanya "anak kepada Hamas" saja sudah membuatkan Zionis bertepuk tangan dan memuji melangit. Keduanya lawak. Yang terus merana rakyat Palestin.




"The growing conservatism" sedar tak sedar mereka pun dah jadi fasis


Apa yang liberal, sekular, kiri takut dengan meningkatnya Konservatism di Malaysia? Bukankah ini semua kelompok yang dulu melaungkan suara anak muda,melaungkan kebebasan dan sekarang menjadi totalitarian dan autoriti pemikiran? Ini sudah menjadi kultus yang mendakwa dirinya suci, bersih, ideal dan cahaya pada umat manusia?  Sejak bila menjadi konservatif itu salah? Ini sebuah pemikiran yang sempit dan total,bagi mereka meningkatnya sokongan terhadap PAS bersamaan dengan meningkatnya ekstremis,itu sangat sempit. PAS hanyalah tindakan disebabkan kegagalan para autoriti ini untuk bercakap masalah mereka yang sebenarnya dam seandainya PAS bertindak serupa, PAS juga akan kalah,kemudian apalagi tandanya? Malaysia semakin subur demokrasi kerana PAS kalah? Apalagi slogan akan ditunggangi?  Kenapa segalanya diukur dengan sokongan kepada parti politik? Jarang sekali elit dan golongan ini bercakap tentang kesusahan orang ramai,lagi-lagi melihat wajah orang susah ini , mereka cukup benci ekoran pemikiran orang kampung yang pada mereka kolot,separuh evolusi,bodoh berbanding mereka yang sedar,demokrat,pintar,kritis. 

Ini sebuah bentuk dehumanization yang jelas menghukum seseorang diatas pilihannya,para intelektual yang kini menjadi boneka ahli politik sekali lagi menunggang slogan. Adakah meningkatnya konservatism rakyat Malaysia terus membantai golongan non muslim,terus merobohkan tempat ibadat? Terus menjadi neo nasi? Simplistik sungguh menyimpulkan sedemikian.
Siapakah yang fasis dan prejudis sekarang? Bukankah kelompok ini yang bukan main mengatakan orang Melayu bodoh sebab takut dengan sesuatu yang tak ada,sekarang mereka yang takutkan sesuatu yang tiada dengan membawa ketakutan pada orang lain,dan tiba-tiba menjadi tidak demokratis dan mengatakan pilihan mereka satu-satunya sesuai! Hipokrit.

Pornografi itu Escapism? Tapi nak lari mana?

Kata-kata, tulisan yang indah boleh memanipulasi akal dan menggubah pemikiran orang lain ekoran banyaknya pohon, rasa metafora,retorik yang bercampur adik demi menggubah maksud terhadap sesuatu. 

"Pada dasarnya menulis pornografi itu tidak salah, erotik dan pornografi" 

Pada dasarnya semuanya sama,dicipta atas penghambaan kepada hawa nafsu dan definisi, tafsiran datang kemudiannya untuk menafsirkan hawa nafsu ekoran alangkah daya akal juga telah tunduk dengan nafsu,nak pusing sama jugak. Faktor domino dan definisi enabler yang sebenarnya tak boleh berhenti dari ketagih bahan lucah ini selalu membawa hal-hal romanticism sedangkan masyarakat rosak meskipun kononnya pornografi itu salah kerana nilai agama sedangkan manusia yang bebas,waras tidak menjadi hamba kepada semua ini,tidak membuang kesempatan, tidak berfantasi dan bermimpi. Itu loser,unproductive. 

Semua orang tahu pornografi merosakkan bagaimana seseorang melihat dunia,dan merosakkan mental, melahirkan penjenayah-penjenayah dan penulis lucah yang cuba melarikan diri ini masih hidup dalam jendela yang diciptakan sesuai apa yang mahu lihat dan menutup jendela yang menghalang mereka. 

Manusia memang memiliki nafsu tetapi sekarang nafsu yang memiliki manusia? Hanya peribadi yang mampu melihatnya lebih luas.

ya,buku "berfikir" terkadang menciptakan realiti palsu

Sepanjang 20 tahun menjadi remaja yang biasa dan jarang tertarik pada sebarang pergerakan dan kebanyakan usia remaja saya dihabiskan dengan melihat lautan dan semua pemikiran saya dibentuk berdasarkan dunia realiti, pengalaman merenung sikap manusia,dari emosi hingga cedera tanpa manusia yang peduli hingga sikap manusia yang dibentuk akibat bagaimana keadaan dirumah. Bukulah yang membentuk pemikiran saya yang sebelum di alam sekolah menengah dan realiti terhadap jendela diciptakan oleh penulis-penulis yang juga melihat dunia dan mendefinisikan dunia tanpa pernah  menjejakkan kaki ke dunia yang kadang-kadang penulisan mereka seolah-olah menilai manusia lain sebagai bukan manusia yang hidup hukuman dari pandangan mereka.

Realitinya, betapa penulis ini juga hidup sebagai apa yang dibencinya,ya memang sukar untuk mengasingkan kehidupan peribadi penulis dengan karya,kerana tujuan buku itu bertentangan dengan sifatnya yang jangan-jangan juga sebagai subjek yang dibenci. Ketika penulis buku pemikiran mengajak untuk berfikir dan menolak nilai tradisional bukankah itu juga sikap totalitarian dan fasis yang selalunya dilemparkan pada orang lain yang kurang sehaluan. Konsep kehidupan dan dunia nyata tidak semudah solusi yang dibawa,dan realiti tidak semudah teori di meja penulis yang terilham sana sini yang juga sesetengahnya diilhamkan dari alam persepsi dan perasaan dan betapa semua itu mengawal realiti. 

Kemiskinan tidak perlu dijadikan alat untuk menghukum masyarakat sebagai makhluk yang tidak berotak dan bodoh ekoran mata intelektual yang hanya terletak di keselesaan memuaskan sosial berbanding kesengsaraan fizikal yang dihadapi masyarakat, itu tidak semudah mengatakan menggubah ideologi, menggubah budaya,menggubah makna menggubah kesukaran yang dihadapi, kerana masalahnya bukan disitu. Penulis pemikiran sewenang-wenangnya menjadikan penderitaan orang lain sebagai sesuatu objek untuk memuaskan ego mereka, mendekatkan perspektif mereka. Padahal mereka juga manusia.

Dan penulis pemikiran hakikatnya lebih memikirkan idea daripada masyarakat. Seorang penulis yang kononnya pembela hak asasi manusia mentertawakan orang miskin ekoran tidak sehaluan politik dengannya. Seorang intelektual mengejek pembangunan kampung-kampung dan membandingkan dengan bandar besar. Mereka mengajak berfikir tetapi mereka juga pengikut  dan 'robot' penulis ilham mereka, betapa ramai yang seperti ini. Mereka tidak benar-benar sebagai memihak kepada orang ramai ekoran menurut mereka masyarakat ini semua bodoh, feudal,tak suka perubahan, candu agama. Bukan begitu? Perubahan yang mereka maksudkan apa sebenarnya? Atau mereka seperti kebanyakan orang lain yang tergila-gila dengan perubahan yang hanya datang disebabkan kekaguman dengan ideologi luar dan jika keperluan makan sudah dipenuhi sekarang keperluan pemikiran yang harus dituruti.

Apa yang rasionalnya? Jika intelektual benar mahu masyarakat berubah, mereka tidak harus tinggal didalam kesombongan dan sikap angkuh ini. Petani,pekebun, penoreh getah,nelayan yang hidup dalam kesengsaraan untuk hidup mereka caci itulah yang menjadikan negara tidak kebuluran akibat kegilaan mengejar teknologi, industri,hasil-hasil dari negeri miskin dan mundur itulah yang mereka makan dan di waktu lain mereka mengejek orang kampung. 

Dan ketika penulis pemikiran berada dalam peluang untuk kesedaran, merekalah sehina-hina manusia yang mereka ejek,bukan orang marhaen. Mereka memakan rasuah,mencuri hasil kerja orang lain,menganggu pelajar,mengagungkan penjenayah dan banyak lagi akibat makanan para penulis pemikiran ini adalah mimpi,harapan,retorik berbanding rakyat biasa yang harus memikirkan keperluan asas yang belum tersedia,keperluan asas belum cukup hendak bercakap tentang perlunya perubahan dan perhatian untuk masalah yang wujud dari "kaca mata"? Itu semua bukan solusi. Penulis pemikiran tidak pernah menawarkan solusi,mereka menawarkan mimpi dan mimpi itulah menyebabkan karier mereka meningkat. Tanpa semua ini,tanpa jualan mimpi dalam buku,tanpa retorik, apa lagi perniagaan yang menguntungkan selain menjual mimpi dan harapan? 
 Cakap senanglah.

Penulis pemikiran juga menafikan bagaimana seseorang harus hidup. Mereka juga berbohong atas nama kehidupan yang baik dengan menjaja spektrum merekalah yang terbaik,sedangkan bertentangan dengan moral yang selalu dibawanya.

Ketika disebuah majlis,saya agak kecewa melihat pemuda-pemuda yang kononnya pemimpin masa depan,tetapi mereka sangat jijik dengan rakyat marhaen orang kampung, miskin bandar. Tidak perlu disembunyikan bahawa pemuda ini kebanyakannya menjadi pemimpin pelajar di universiti-universiti dan pemuda salah seorang yang didambakan sebagai " masa depan" mengejek orang kampung dan pembangunan disana sebagai tidak berguna dan ditempat lain,saya sangat kecewa penulis remaja yang kini menjawat jawatan besar pemimpin pelajar di Universiti Malaya memihak kepada parti politik kesayangan mereka dan melarikan daripada realiti apabila keperluan asas di pedalaman negeri saya masih tertinggal tetapi kerajaan negeri sudah IR4.0 big data, AI bla bla bla seolah-olah hanya Kuching yang menjadi tumpuan namun kebiasaannya diimbangi dengan adanya pemuda namun disisi lain pemuda pemudi ini menentang dan bersuara hal yang basi,dan skrip yang sama sejak zaman 70 an lagi. Dan mereka semua mengelakkan dan memutarbelitkan apabila di negeri kelahiran mereka sendiri. Mereka mengikut idola-idola mereka dan spektrum idola mereka. Semua ini disebabkan idola pemikiran yang delusi dan menawarkan racun mimpi sebagai penyelesaian.

Demokrasi... Demokrasi.. Politik baru,politik lama,perubahan paradigma,suara...
skrip serupa pelakon yang berbeza.

Manusia sembah sesuatu


Melihat manga Attack On Titan,ramai tidak menyukainya ekoran usaha watak utama dalam siri ini seolah-olah menjadi sia-sia dengan pengorbanan hampir seluruh populasi umat manusia di Bumi demi keamanan sementara yang kemudiannya kitaran keganasan tidak pernah berakhir. Ramai peminat siri ini yang kemudiannya menjadi peminat kepada watak tertentu seperti Eren menggelar diri mereka selaku yeageris kecewa dengan pengakhiran yang menurut mereka teruk. Penambahan adegan pasca kredit seperti Paradise diserang itu sendiri ditambahkan Isayama malahan dialog antara Armin dan Eren juga diubah untuk menjelaskan apa yang dia mahu sampaikan. Eren selaku kanak-kanak yang hidup didalam dunia dengan tembok dari dunia luar mahu bebas dan serangan demi serangan gergasi kyojin mengakibatkan dirinya menjadi lebih marah,darah panas dan bertekad untuk menghancurkan setiap gergasi yang ada. Keterbatasan terhadap dunia luar mengakibatkan dari musim pertama hingga tiga kita menyangka hanya umat manusialah yang tinggal ditembok ini dan yang ada diluar adalah kyojin. Memori yang dipadamkan oleh Raja yang mahu melupakan tentang memori wujudnya dunia luar dan lautan bahkan dunia yang lebih kedepan. Namun disebalik itu,seorang individu memainkan peranan yang lebih penting daripada Eren,Armin.


Dari buku yang dibawa Armin dan gagasannya,Eren mempunyai harapan untuk melihat laut dan gunung yang mereka lihat didalam bukunya dan tujuan hidup yang baru berbanding seorang kanak-kanak yang bosan. Hingga setelah ribuan pengorbanan dan darah, mereka akhirnya merasai air laut yang masin,dalam dunia yang setelah itu "bebas" daripada gergasi serta kebenaran yang tersorok. Bukankah daripada buku kebanyakan seorang bertindak akan sesuatu? Dari buku juga impian tercipta. Sejak dari awal Eren mahu bebas. Namun seiring kebenaran yang diterima impiannya berubah rentak dalam lagu yang sama,dia ingin rakan-rakannya hidup bahagia berbanding dirinya yang cuma ada waktu yang singkat,dan ekoran Armin yang sudah menjadi kyojin maka Eren sejak awal mungkinkah memang mahu menghentikan kitaran dunia gergasi ini? Selepas Eren mati,kyojin semuanya hilang dan Armin hidup lama bersama-sama Mikasa,Jean,Connie yang kemudiannya dipenghujung hari-hari terakhir mereka semuanya berulang kembali.


Anime dan manga dicipta untuk sebuah escapisme dari pelbagai masalah,hal ini diakui Satoshi Kon dalam kebanyakan filemnya bahawa anime sememangnya dicipta agar Jepun lari dari masalah dan titik hitam negaranya dan kebanyakan watak yang mempunyai hubungan dengan realiti sememangnya watak yang kurang digemari ekoran sifat watak yang mungkin ada dalam diri mereka. Begitu juga anime yang mengikut rentak realiti seperti Shingeki No Kyojin yang tidak ada yang namanya dunia utopia yang adil dan andai perjalanan dunia fantasi tiba-tiba dihentak realiti,maka meninggalkan kesan yang dalam.


Namun sedikit diperhatikan bahawa kematian Eren,impiannya mungkin tercapai untuk melihat rakan-rakannya hidup lebih lama berbanding dirinya dan hal itu sememangnya terjadi semasa pasca kredit. Hingga dekad berlalu dan Paradise menjadi maju dan sekali lagi menggambarkan bahawa sikap manusia tidak pernah berubah meskipun  sebanyak mana yang dicapai untuk merealisasikan sebuah keamanan,dan andai  bukan mereka,maka generasi seterusnya akan merobek keamanan itu. Kebanyakan orang gemar melihat kesalahan yang diciptakan oleh idea mahupun apa yang dipegangnya hingga wujud bahawa Agama adalah punca peperangan , Komunis adalah punca peperangan, isme-isme adalah punca segala kejahatan dan jarang manusia melihat kepada diri mereka sendiri bahawa sikap dan perasaan itulah membawa kepada peperangan. Kita sudah menyaksikan dari setiap sudut bahawa semuanya tentang manusia yang tidak pernah berubah. Kita memilih untuk meletakkan semua kesalahan pada sesuatu yang lain tanpa menyedari sendiri semuanya datang daripada manusia. Apa sebenarnya masalah dalam manga ini? Seorang idealis yang berakhir tragik dan menjadi pembunuh yang penuh darah. Seorang yang cuma mahu melihat dunia dari tafsirannya sendiri serta sikap itulah hakikatnya tentang diri kita,Isayama menyebut Eren hanyalah pembawa kepada bagaimana cerita ini berjalan dan diakhirnya,kita semua menyedari bahawa semuanya bukan tentang Kyojin tetapi manusia dan manusia selaku makhluk yang rapuh menurut Pascal memerlukan panduan meskipun dada mereka mendabik mereka tahu segala-galanya. 


Tekanan yang melampau serta penglihatan yang sudah tidak lagi terhubung dengan realiti mengakibatkan manusia saling berbunuhan antara satu sama lain,meskipun tanpa Tuhan,tanpa Nabi dan tanpa Dewa didalamnya dan dunia baru tanpa semua ini dengan mendakap tafsiran baharu ini. Mata kita selalu menolak untuk meletakkan kesalahan diatas diri kita,oleh kerana itu dalam sejarah umat manusia hingga kini,pembunuhan dan kezaliman tetap terjadi meskipun didunia yang dicap penuh keamanan dan darah tetap mengalir pada tangan yang mempergunakan istilah ini.


Kita tetap menipu diri kita semua ini adalah ideologi,agama dan kepercayaan tanpa menyedari semuanya datang daripada kita dan pengharapan terhadap manusia. Sebuah realiti andai tiada lagi Tuhan maka yang menjadi tuhannya adalah manusia dan dunia. Kita bercakap dalam nada realistik dan jauh dari penghayatan terhadap ideologi ciptaan manusia yang penganutnya sudah membunuh dan menindas banyak orang. Kesemua ideologi manusia datang dengan darah,kerana penganutnya tetap manusia.


Sejak awal lagi manusia selalu diperingatkan untuk tidak meletakkan harapan pada makhluk tetapi keingkaran yang berlapis selalu membawa kebinasaan kepada diri kita. Andai sang manusia mendakwa dirinya bebas maka dimanakah tempat tertegaknya semua itu andai kita melihat dia yang mendakwa sedemikian sebagai manusia? Atau sebuah penjara yang disangka pembebasan? Hakikatnya,pihak autoriti agama lebih jujur daripada pemikir-pemikir dari Barat yang terinspirasi dari kejadian baik menulis antitesis untuk sebuah realiti yang sakit dan meskipun dalam makna yang baharu serta definisi yang baru,realiti masih berjalan. Setiap  masalah kelihatan boleh jadi ataupun sekadar "masalah perspektif" yang semuanya boleh diruntuhkan ekoran setiap ciptaan manusia selalu  runtuh dalam waktu yang sekejap-andai kini keluar daripada teks-teks dan menjadi tindakannya,kesannya rupanya lebih teruk dari sebelumnya. Apakah sebenarnya perubahan? Kita boleh berubah ideologi tetapi berubahnya naluri,sikap dan perasaan kita yang selalu membawa kepada kemusnahan?


"Setiap manusia ditakdirkan untuk bebas" hanyalah terbit daripada lidah manusia yang belum mampu menjelaskan hakikat manusia tetapi angkuh mendefinisikan siapa manusia dalam ketidaktahuannya. Baik nama seperti John Locke yang dalam nada realistik jika kita mempersoalkannya bahawa "Anda siapa untuk mendefiniskan manusia dari akal anda yang tidak tahu apa-apa bahkan tentang sekecil semut tetapi cuba menjadi Tuhan yang baharu ketika manusia meletakkan 'Tuhan' sebagai pesalah akibat kekecewaanya terhadap manusia?" Ketika Marx berjaya memabukkan pengikutnya dengannya idea komunisme,dia berdiri megah dengan "agama adalah candu",Marx tersilap bahawa manusia sememangnya mencandukan sesuatu,termasuk dirinya bahkan menolak kenyataan dirinya bahkan berdalih-dalih bahawa dirinya seorang rasis yang berwajah malaikat komunisme. Jangan pernah tertipu dengan sesiapa sahaja yang menawarkan anda pelarian dari hakikat,dengan idea- idea khayalan ciptaannya yang hari menipu manusia moden.

Persoalannya,mahukah anda menyembah idea dan diri manusia yang lemah dan rapuh sedangkan adanya kuasa yang lebih tinggi?

Sedikit sebanyak kesedaran dan perjalanan manusia untuk mencari harapan baik dari satu ke satu gagasan yang lain. Seorang yang berharap untuk dunia yang bebas dari autoriti agama dan hukuman,larangan kemudiannya mendakap maksud Kebebasan,Sekularisme agama dan mengangkat tokoh-tokoh pujaan mereka hingga selang beberapa waktu mereka menyedari betapa hipokritnya semua ini dan hanyalah simbol untuk wang,alternatif daripada kapitalisme. Dia kemudiannya mendakap sosialisme atau kiri yang juga sama meletakkan manusia selaku tujuan utama berdiri,setiap manusia akhirnya merana dan mencari-cari makna kehidupan yang sebenarnya. Ajaran seperti Millah Abraham menyedari hal ini bahawa manusia gemar ditaklukkan dan hidup dalam fantasi ciptaan manusia untuk lari dari sesuatu. Kelompok ateis gemar meletakkan kesemuanya contoh ini membenarkan betapa bebasnya mereka namun tanggapan menjadi bebas tidak pernah semudah itu dengan menoktahkan TUHAN. Mereka melupakan faktor selain perkataan TUHAN melainkan menjadi ilusi baik free thinker mahupun nihilis,perasaaan sememangnya mempengaruhi bagaimana manusia berfikir,menjadi emosional selalu membawa kepada tindakan yang menunggang rasional tanpa melihat konteks yang lebih luas atau faktor bukan dari teks-teks sebaliknya pengalaman peribadi yang buruk,ateis kebanyakannya menunggang Sains untuk membenarkan hujahnya meskipun Sains yang dipakai hanyalah selektif,mungkin sudah digantikan dengan 'penemuan' Sains yang baharu,ateis juga mengalami masalah untuk memahami Sains dan kepercayaan terhadap pseudoagama dan pseudosains. Rasionalnya itu sendiri diragukan sejak awal melainkan faktor emosi bahawa ego,individualis dan melarikan diri dari hukuman itulah membawa kepada jalan yang ditempuhnya sekarang. Kerana itu penting melihat manusia hari ini sebagai manusia.


Kelompok "untuk berfikir" selalu mengatasnamakan berfikir dengan menolak segalanya,undang-undang dan kesilapan hingga kegagalan manusia yang menggunakan akal yang cetek dan sempit ini hingga banyak pertumpahan darah melahirkan dunia baru bahawa TUHAN sudah kembali baik didunia Barat atau Timur. Mereka mendapati MANUSIA bukan TUHAN yang sempurna dan sejak fasa menjadi TUHAN itulah mereka membuat banyak kerosakan di bumi ini. Para agamawan sering menceritakan kembali sirah-sirah dan kelemahan mereka adalah sirah itu kurang membuatkan audiens berfikir dari sudut manusia hingga timbulnya kepercayaaan simplistik terhadap azab dan panduan dan kelompok yang meremehkan azab Allah. Ketika Allah SWT menurunkan Rasul dan Nabi,hakikatnya manusia sememangnya mencapai kemajuan yang tinggi dan kemajuan itu tidak pernah menjamin apa-apa melainkan meruntuhkan masyarakat yang tiada panduan,dan untuk mencari sesuatu yang harus disembah,mereka menyembah berhala dan memberitahu berhala itu apa yang harus menjadi larangan. Sejarah penolakan terhadap Tuhan bukan kisah baharu diabad moden yang penuh keangkuhan,ianya sudah lama menjentik manusia yang dalam penaklukan manusia dan kedatangan Rasul dan Nabi datang untuk membebaskan mereka dari penyembahan terhadap makhluk dan membawa mesej Tuhan yang mereka ingkari!

Sesetengah penulis semudah itu mengatakan ketaksuban terhadap agama adalah puncanya. Tidak semudah itu. Penulis di Malaysia suka melihat yang jelas dihadapan mata dan membezakan manusia di Malaysia dengan manusia di China,di Amerika hingga mengatakan agama puncanya dan delusionalis di Twitter yang menyalahkan Tahfiz,yang menyalahkan Sekolah Agama,yang menyalahkan JAKIM itu tidak pernah menjadi yang tertindas dan hidup dalam kesengsaraan. Anda juga dikonsumsi kebencian anda terhadap orang yang berwajah agama hingga melampiaskan kebencian pada Sekolah Tahfiz dan institusi agama. Semuanya atas dasar apa? Sekali lagi disebabkan ideologi sempit yang korup menjadi radikal dan ekstrim. Apabila kebencian disertai ideologi, ianya menjadikan seseorang hidup dalam kebencian yang didasari sikap.

Kegagalan dan kesedaran terhadap dusta manusia melahirkan dunia yang baharu-bakal tiba dan seperti sejak awal bahawa sikap manusia tidak pernah berubah dan sekarang kita harus berfikir untuk membebaskan diri daripada penyembahan terhadap manusia dan rekaan-rekaan mereka!