"Jadi diri sendiri", nasihat palsu ini memakan ramai orang


Apa yang "jadi diri sendiri" sebenarnya? Sebuah video yang seolah-olah membalikkan keadaan (yang sebenarnya berlaku dimana saya tinggal) iatu stigma negatif terhadap pemakai tudung. Tetamu menjelaskan bahawa beliau punyai trust issue pada perempuan bertudung,wow..itu stereotaip,salah satu simpang menuju prejudis.

Dan tetamu kerapkali membawa pandangan orang lain seperti "judge" orang lain dan ironiknya dimensi "judge" jugak berlalu kepada dirinya, bukankah dirinya tengah judge orang bertudung sekarang? Dan persoalan tentang menjadi diri sendiri itu seringkali menimbulkan persoalan yang besar bahawa adakah menjadi diri sendiri dengan tidak lagi dibayangi kewujudan orang lain? Atau sejak bila manusia memiliki jasad melainkan pinjaman? Tetamu seakan dibayangi perhatian dan jelas tekstur "perhatian masyarakat" dan fenomena  perhatian adalah sesuatu yang lumrah di zaman media sosial yang telah mendefinisikan realiti...

Islam telah membebaskan manusia dari sebarang bentuk penghambaan, bebas daripada ideologi ciptaan manusia,bebas dari takluk dari penghambaan "human attention" ,bebas daripada tunduk pada hawa nafsu,bebas daripada tunduk selain Allah dan bukankah ini jawapan? Kita tidak perlu berada dalam jalur untuk terlihat wujud di mata makhluk. Kerana hujungnya berakhir kekecewaan dan ramai manusia sengsara daripada itu.

Ulasan