Pengarah Grave of Fireflies menafikan filemnya tentang perang

Filem ini memang dianggap sebagai filem anti perang dan kebanyakan orang melihat kelip-kelip dalam filem ini sebagai orang yang tidak bersalah dan korban peperangan. Filem ini mengambil latar tempat di Kobe,Jepun sekitar  Perang Dunia Kedua dan ketika Jepun menyerah kalah.

Namun,pengarahnya (Isao Takahata) menafikan filem ini sebagai sebuah filem yang bertema anti perang sebaliknya berkaitan dengan penyesalan seorang abang terhadap adiknya yang mengambil latar di waktu perang dan andai tanggapan awal bahawa perang dan keadaan yang menjadi faktor maka sebaliknya sikap Seita?? (Akiyuki Nosaka menulis novel ini sebagai penebusan rasa bersalah terhadap kematian adiknya)
Ketika kota mereka dibom,Seita dan adiknya tidak ada tempat tinggal dan mereka menumpang di rumah makciknya yang kemudiannya Seita dan Setsuko sedikit bebanan di rumah makciknya dimana dari awal misalnya makciknya sudah menawarkan tempat tinggal maka seharusnya Seita mengurangkan bebanan dengan melakukan sesuatu yang produktif ekoran seiring isi rumah yang bertambah, maka perbelanjaan juga akan bertambah lebih-lebih lagi era peperangan. (catuan..catuan beras.)
Tidak tahan dileteri makciknya, Seita kemudiannya memasak sendiri dengan bantuan makanan aka catuan beras.

 Namun,selepas makan,mereka meninggalkan pinggan,cawan,periuk kotor di dalam singki dengan harapan makciknya akan mencuci untuk mereka dan kemudian baring di bilik mereka(perhatikan ketika makciknya membahagikan sup yang mempunyai lebih banyak isi kepada ahli keluarganya sendiri manakala untuk Seita dan Setsuko kebanyakannya kuah sahaja,dan mereka menambah lagi). Seita tidak bersekolah dan tidak bekerja dan menumpang secara percuma di rumah makciknya("kamu mahu makan nasi tapi tidak mahu mendapatkanya?!"). Pendek katanya, Seita menyusahkan makciknya dan dia seharusnya bekerja atau bersekolah untuk membalas budi makciknya(dari sudut akal budi Melayu). Sedikit perkataan yang sememangnya kurang enak hingga Seita merasa harga dirinya dipijak dan kemudian berpindah ke Pangkalan perlindungan(??) dan mencari sendiri sumber makanan baik membeli,menggadai atau mencuri hingga ditangkap!

Peniaga/Pesawah menyuruh Seita melupakan harga dirinya dan kembali ke rumah makciknya. Setsuko mengalami malnutrisi. Hingga berhalusinasi Seita membawa makanan yang banyak! Hingga akibat dari sikap Seita,dia kehilangan adiknya.

Namun,Seita hanyalah kanak-kanak berusia 14 tahun yang seakan dipaksa untuk menjadi seorang dewasa yang sedang menanggung beban. Persekitaran mencipta siapa kita. Seita,seperti kanak-kanak lain bergantung harap kepada orang dewasa untuk hidup mereka. Keterbatasan untuk memahami bagaimana dan kenapa itu memakan masa yang lama lebih-lebih lagi sikap darah muda itu kuat memberontak.

Adakah ia tentang masyarakat? Mungkin ya. Kita gemar menyalahkan sesuatu tanpa merefleksi diri kita. Makciknya memaksa-maksa Seita untuk keluar dari dunia kanak-kanaknya dan cuba menjadi seorang lelaki yang rajin padahal dia masih kurang faham semua itu. Ketika kecil kita merengek meminta dibelikan mainan,tanpa mempedulikan ayah kita ada wang atau tidak oleh kerana kita adalah kain putih yang sedang dicorakkan dan belum memahami dunia.


Namun sikap bergantung harap kepada orang lain bukan ada pada kanak-kanak semata-mata sebaliknya masih menjadi belenggu dalam kehidupan. Walaubagaimanapun, belum tentu semua memahami tingkah laku untuk cuba lepas dari sikap bergantung harap sepenuhnya ini. Ketika di Kolej, penulis bertekak lidah dengan dua rakan serumah yang mahu menemani penulis ke bank untuk membayar insurans meskipun dibawah panas yang terik ekoran penulis hidup dalam persekitaran kerja yang mana segalanya dilakukan sendiri dan meminta tolong adalah bencana. Adakah penulis turut membawa teaser dunia sebenar kepada mereka? Tak pasti

Dendam dan benci,Prof Abullah,Dr Roosevelt,senjata pembunuhan besar-besaran

 

all images are for education and promotion purpose,all material used are copyright to respectful owner

Pluto merupakan sebuah karya pelukis genre misteri yang terkenal iatu Naoki Urasawa yang mengambil inspirasi daripada manga terkenal,Astroboy yang diceritakan dalam imaginasi yang baharu yang lebih serius,tragis,gelap dan misterius. Latar cerita berlaku didunia antara manusia yang hidup seiring dengan robot yang sangat canggih dan menjangkau kepintaran manusia. Dalam astroboy,tentang robot kanak-kanak yang menyelamatkan dunia,begitu juga dalam Pluto cumanya lebih kompleks dan lebih mendalami.


Selepas beberapa lama tamat Perang Asia Tengah 39 tamat,akhirnya dunia berada dalam keamanan dimana dunia dimana manusia hidup dengan robot. Super robot atau senjata pemusnah yang merupakan veteran perang dalam perang tersebut kembali seperti orang biasa dan kebanyakannya tidak mahu adanya peperangan lagi. Namun, entah kenapa peristiwa kejatuhan kerajaan Parsi dalam anime ini sangat mirip dengan peristiwa sebenarnya iatu kejatuhan Iraq diatas senjata pembunuhan besar-besaran.

Dalam anime ini Pluto merupakan pembunuh robot canggih yang memburu kesemua robot canggih. Pada awalnya kita menyangka ini disebabkan Pluto yang mahu menyebabkan manusia dan robot bermusuhan antara satu sama lain. Namun,Pluto hanyalah bayangan dan disebaliknya seorang yang penuh dengan dendam dan benci,iatu Profesor Abullah,saintis daripada negara yang sudah jatuh, Parsi. Dan seorang lagi yang entah kenapa mirip dengan seorang yang terkenal dengan tangan yang berdarah.

Akibat undang-undang PBB melarang penghasilan senjata pembunuhan besar-besaran, Presiden Thracia menuduh kerajaan Parsi menghasilkan robot pemusnah secara besar-besaran yang menyebabkan berlakunya Perang Asia Tengah 39. Di Parsi sendiri dipimpin diktator kayu Darius XIV (ya,mirip dengan Saddam Hussein) yang menzalimi rakyatnya dan senjata pembunuhan besar-besaran yang dikatakan Presiden Thracia tidak wujud melainkan projek Bora,projek menukarkan padang pasir yang tandus kepada kawasan hijau. Projek ini dimulakan Prof Abullah yang merupakan ketua di Kementerian Sains Parsi.

Selepas Perang Asia Tengah 39,Parsi menjadi wilayah yang sangat teruk, ramai kanak-kanak, manusia,robot yang tidak bersalah terbunuh. Kematian keluarga yang tragis,dan negara yang hancur akibat Presiden Thracia yang dimanipulasi mengakibatkan Prof Abullah penuh dengan dendam keatas 7 robot canggih,juga Thracia yang menghancurkan segalanya dan kebencian yang menguasai ini mengakibatkan Prof Abullah membangkitkan Goji yang merupakan watak jahat sebenar. Goji hanya terlihat seperti Prof Abullah.
Prof Abullah meratapi kematian Murat,anaknya



Impak dari "senjata pembunuhan besar-besaran" ini mengakibatkan seluruh Parsi hancur dan ramai orang yang tidak bersalah. Namun kebencian selalu membawa kepada dendam dan dendam sekali lagi melahirkan kebencian. Presiden Thracia rupanya mempunyai penasihat yang manipulatif dan sangat membenci manusia, iatu Dr Roosevelt, atas nasihat Roosevelt, berlakunya peperangan yang mengorbankan banyak nyawa di Parsi.
Roosevelt kepada Presiden Thracia

Roosevelt hanyalah robot dengan kecerdasan buatan yang tinggi dalam rupa sebuah beruang teddy bear yang tidak dapat bergerak. Dr Roosevelt menasihati Presiden Thracia agar menghentikan "senjata pembunuhan besar-besaran",menyokong Abullah dan robot ini tidak mempunyai masa lalu yang tragis melainkan dengan kebencian yang jelas terhadap manusia. 
Kesemua robot akhirnya mati kecuali Atom yang mengimpikan dunia baru dengan keamanan.

Di alam realiti, Parsi dalam anime ini mirip dengan Iraq ketika pemerintahan Saddam Hussein dan Darius XIV sangat mirip dengan Saddam Hussein serta adegan yang sangat tragis dimana seorang bapa berada dalam rumah dimana anaknya mati akibat dibom. 
Demi sebuah 'keadilan'


Ini mengingatkan kita pada ucapan Bush ,bahawa demokrasi, kebebasan, keadilan buat rakyat Iraq kini hanyalah sebuah ilusi. Roosevelt,penasihat presiden Thracia tidak lain mirip Henry Kissinger yang membunuh ramai manusia tak bersalah.

Bezanya saintis sehebat Prof Abullah didunia nyata belum wujud. Dalam kitaran keganasan tanpa henti dari benci kepada dendam.



Johan Liebert,kanak yang hilang...

 


Johan Liebert..

Naoki Urasawa merupakan seorang pelukis manga yang gemar memasukkan rujukan Jerman dan bertemakan psikologi yang terkadang mesej utamanya jarang diperhatikan berbanding dengan watak dari karya magnum opusnya,Monster. Johan Liebert merupakan pembawa cerita monster berlatarbelakangkan Jerman yang berbaur politik antara dua wilayah dan merupakan titik penguat sebuah cerita ini. Tajuknya sendiri adalah tentang dirinya, monster atau raksasa yang tidak mempunyai motif yang jelas dan perwatakan yang serba kompleks.

Johan Liebert lahir ditengah keluarga yang tidak sempurna, lahir tanpa identiti yang harus didakap dan persoalan siapa dirinya yang merupakan subjek yang menjadi pengaruh. Secara ringkasnya,

Sumber: Quora

Johan adalah seorang budak lelaki yang dibesarkan oleh ibunya bersama adik kembarnya. Ibunya diberitahu bahawa salah satu daripada anaknya akan diambil darinya kerana dia adalah subjek ujian Franz Bonaparta. Franz telah menjalankan pelbagai eksperimen ke atas ibunya untuk menghasilkan beberapa kanak-kanak yang luar biasa.

Ketika Johan dilahirkan, dia dipelihara di rumah bersama ibunya dan adiknya. Ketika dia tumbuh besar, hanya ada dua orang dalam hidupnya - ibunya dan adiknya.

Apabila Bonaparta datang ke rumahnya untuk mengambil seorang anak, atas sesuatu sebab Johan menyamar sebagai Anna. Mungkin kerana dia mahu membingungkan semua orang (dia memang luar biasa) dan pada masa itu, adiknya Anna telah diambil darinya....

Dalam Anime, tidak ditunjukkan apa yang berlaku kepada ibunya tetapi Anna mengalami banyak penderitaan semasa dia berada di Rumah Mawar Merah dengan Bonaparta. Johan ditinggalkan seorang diri... di rumah... tiada siapa yang tahu bagaimana dia bertahan......

Apabila Bonaparta melepaskan Anna, dia kembali ke rumah di mana Johan sedang membaca buku yang ditulis oleh Bonaparta sendiri (Ingat buku di mana satu monster memakan semua orang sambil mencari nama) dan pada masa yang sama, Anna memberitahunya segala yang berlaku kepadanya.

Selepas itu, Johan meninggalkan rumah bersama Anna dan tiba di sempadan Republik Czech, dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Itulah permulaan cerita sebenar...

General Wolf mengambil kedua-dua kanak-kanak itu dan melakukan satu perkara yang mengerikan, memisahkan Johan dan Anna. Anna diletakkan di sebuah Rumah Anak Yatim biasa sementara Johan dihantar ke 511 kinderheim.

Di 511 kinderheim, Johan diseksa untuk melupakan semua perkara, dia dibuang otak. Tetapi dia tidak mahu melupakan kenangan terakhir dan terbaiknya, kenangan tentang Anna ... desakan di dalam dirinya membuatnya hanya ingat dua perkara tentang Anna - cerita yang diceritakan oleh Anna tentang apa yang berlaku kepadanya dan cerita tentang monster yang tidak bernama yang sedang dibacanya ketika itu.

Mindanya membuatnya beranggapan bahawa apa yang berlaku kepada Anna, sebenarnya berlaku kepadanya dan cerita tentang monster yang tidak bernama itu nyata dan satu Monster benar-benar ada di dalam dirinya yang akan membunuhnya suatu hari nanti dan mengambil alih tubuhnya.

Itulah bagaimana Johan telah dicipta.

Dia mempunyai salah anggapan bahawa semua orang lain di dunia akan mati kerana monster yang tumbuh di dalam dirinya dan dia akan menyaksikan semuanya sehingga akhir. Apabila dia sedar bahawa dia berada di arah yang salah, dia meminta Anna untuk membunuhnya (Ketika dia diadopsi oleh keluarga Liebert). Pada masa itu, Tenma menyelamatkan nyawanya dan Johan mula menganggap Tenma sebagai ibu bapanya, jadi selain Anna, dia juga ingin menyaksikan akhir dunia dengan Tenma (Dia tidak mahu membunuh Tenma kerana dia mengandaikan bahawa dia boleh mempercayai Tenma tidak seperti orang lain).

Segala-galanya selepas itu, diandaikan bahawa dia adalah manusia luar biasa yang boleh membuat semua orang membunuh diri sendiri hanya dengan berbicara dengan mereka, tetapi itu tidak benar.

Dia hanya menyatakan kebenaran dunia yang telah dilihatnya sepanjang hayatnya. Dia tidak lagi takut mati, kerana dia fikir dia adalah pilihan (Ingatkah permainan yang dimainkannya semasa berjalan di tepi bumbung? Dia meminta kanak-kanak lain untuk memainkannya juga. Baginya, mati hanya bermakna bahawa permainan telah berakhir, tidak lebih dari itu.) Itulah sebabnya dia tidak takut kepada sesiapa pun.

Di akhir siri, apabila dia diselamatkan semula oleh Tenma, dia memberitahunya tentang sumber utama kebenciannya iaitu Ibunya... Dia tidak tahu sama ada ibunya mencintainya atau tidak? Ibu adalah satu-satunya orang yang daripadanya dia boleh mendapatkan kasih sayang dan itulah sebabnya dia membunuh begitu banyak orang tua angkat. Dia hanya tidak percaya kepada sesiapa pun yang mengambil peranan ibu bapanya.

Jalan cerita yang panjang dan pengembaraan minda yang kompleks menjadikan Johan Liebert sangat menonjol dalam manga ini. Dalam usia yang muda,dia mampu membunuh tanpa harus mengotori tangannya dan berlanjutan sehingga menjadi seorang nihilis yang gemar meletakkan motif peribadi sebagai tujuan utama sepanjang kehidupan ekoran Johan tidak mendakap sebarang nilai dan menganggap kewujudan dirinya sesuatu yang tidak perlu.

Buku monster eats everyone while searching for a name

Nama adalah sebuah identiti yang didapatkan masa kecil yang sesetengahnya datang dengan harapan daripada dua individu yang telah melahirkan dan bakal membesarkan seseorang. Ibarat datang sebagai kain putih kanak-kanak yang dibentuk merupakan 'supernova' yang terlihat di masa hadapan dalam gambaran yang baharu. Mirip seperti keluarga labah-labah yang berantakan,Johan tidak menjumpai apa maknanya keluarga, kasih sayang hingga hilang makna yang menjadikan dirinya manusia bukan 'manusia'. Raksasa adalah metafora tentang kejahatan yang memusnahkan segalanya tanpa halaju yang jelas,tanpa motivasi yang terang tetapi dari mana raksasa itu datang? 

Naoki Urasawa secara tidak langsung dalam kebanyakan karyanya gemar membawa dunia kanak-kanak ke sesuatu yang lebih serius dan misteri.

Johan, raksasa yang sedang mencari siapa dirinya meranapkan dan memakan sesiapa yang berada dalam jalur tersebut. Namun, Johan meskipun paling dekat contohnya hanya ahli politik, perisik yang berjaya mempengaruhi minda ramai. Bezanya perisik bergantung pada objektif dan ahli politik terus menerus tentang dirinya. Namun, Johan adalah simbolisme daripada kanak-kanak yang hidup dalam persekitaran yang teruk dan kurangnya kasih sayang, sifat empati.

Majoriti manusia terperangkap dalam persepsi sendiri dan kelebihan berada pada terciptanya persepsi terhadap sesuatu. Ahli politik berjaya mencipta persepsi terhadap lawan,yang membolehkan wujud individu yang turut terbit daripada persepsi tersebut. Namun dari mana datang semuanya? Fokusnya tidak lebih dari dunia berorientasikan manusia.

"Perang ini sudah lama bermula,persoalannya sekarang bila ia akan tamat"- Patlabor The Movie 2

Filem ini ditayangkan pada 1993 dan merupakan inspirasi kepada filem distopia Ghost In The Shell daripada pengarah yang sama,Mamoru Oshii. Berbeza daripada filem pertama dan animasi sirinya,tema yang dibawa oleh filem kali ini ibarat sebuah karya yang sangat berbeza daripada mod dan atmosfera filem pertama. Dalam filem ini watak yang lebih dewasa iatu Kiichi Goto dan Shinobu Nagumo lebih banyak difokuskan berbanding watak Noa dan Asuma yang sememangnya watak utama dalam francais ini.

Sekiranya filem pertama tentang projek Babylon dan kehilangan pengaturcara Eichi Hoba dan hubungannya dengan Labor yang bergerak sendiri tanpa kawalan, kali ini menggabungkan sci fi dan pelbagai isu domestik dan antarabangsa seperti peperangan, keamanan yang tidak adil,ancaman pengganas dan sebagainya.

Dalam pembukaan filem ini,kita dibawa ke sebuah negara di Asia Tenggara yang dipercayai mengambil inspirasi daripada konflik Kemboja dimana pasukan unit Labor daripada Jepun yang meskipun dengan teknologi canggih, akan tetapi mereka tetap kalah hingga hanya seorang yang tersisa  sebelum melarikan diri oleh sebuah unit Tunguska yang merupakan altileri yang jauh di belakang iatu ketika era Soviet berbanding unit robot/Labor yang dibawa oleh mereka. Ketika unit Tunguska melepaskan tembakan kearah unit Labor ini,mereka tidak mampu berbuat apa-apa ekoran dalam artikel 9 tidak membenarkan mereka untuk berbuat demikian.

"Aspiring sincerely to an international peace based on justice and order, the Japanese people forever renounce war as a sovereign right of the nation and the threat or use of force as means of settling international disputes. In order to accomplish the aim of the preceding paragraph, land, sea, and air forces, as well as other war potential, will never be maintained. The right of belligerency of the state will not be recognized.” -Article 9

Hal ini disebut sebagai keamanan yang tidak adil dan dalam filem ini membawakan betapa di era ledakan maklumat ini,peperangan masih berlanjutan dan adapun keamanan yang termeterai adalah keamanan yang berat sebelah apabila seolah-olah memihak kepada pemenang.

Sebaik sahaja kalah Perang Dunia Kedua,Jepun mempunyai banyak kerosakan akibat peperangan di negaranya dan ini menyaksikan terjadi Amerika Syarikat mula 'membentuk' negara ini ataupun disebut"pendudukan pihak bersekutu."  Jeneral pihak bersekutu iatu Dougal MacArthur adalah individu yang mengetuai pembentukan semula sistem politik,ekonomi,undang-undang negara Jepun. Bahkan Perlembagaan negara itu sendiri dibentuk oleh pasukan bersekutu yang dipengaruhi daripada Perlembagaan Amerika Syarikat.

"Sebuah negara tidak pernah ada kawan yang sejati"
-Shigeki Arakawa

Ketika Jepun diberikan wajah yang baru oleh tentera bersekutu, Jepun mula bangkit daripada kekalahan sebelum berkembang menjadi negara berasaskan teknologi tinggi yang hari ini sudah malap pengaruhnya. Akan tetapi perang ini menimbulkan persoalan baharu sebaik keamanan yang dirasai merupakan hasil daripada tangan yang berdarah akibat penglibatan dalam perang dan perdagangan senjata perang semasa perang Vietnam.

Dalam ini filem ini juga disebutkan konflik yang terjadi ditengah filem rupanya sudah lama diekori rapat oleh Tentera AS di Jepun yang bakal memobilisasikan unitnya sekiranya kemungkinan ini tidak dapat diselesaikan dan sekali lagi segalanya bermula dengan sifar selepas perang dunia kedua.

Hakikatnya Amerika Syarikat mempunyai banyak pangkalan di seluruh pelosok dunia. Negara polis dunia ini mempunyai banyak proksi diseluruh dunia dan antara penjenayah perang yang selalu bercakap tentang keadilan. Kuasa veto masih wujud dan disitu jelas berat sebelahnya apabila kebanyakan pemegang kuasa veto adalah penjenayah perang.


Dialog "Perang ini sudah lama bermula, persoalan sekarang bilakah ianya akan tamat" oleh Shigeki Arakawa menimbulkan persoalan sebaik batas antara keamanan yang tidak adil dan perang yang adil hampir tidak terlihat sepertimana keamanan meningkatkan perasaan untuk berperang, dan peperangan meningkatkan perasaan untuk keamanan.