ya,buku "berfikir" terkadang menciptakan realiti palsu

Sepanjang 20 tahun menjadi remaja yang biasa dan jarang tertarik pada sebarang pergerakan dan kebanyakan usia remaja saya dihabiskan dengan melihat lautan dan semua pemikiran saya dibentuk berdasarkan dunia realiti, pengalaman merenung sikap manusia,dari emosi hingga cedera tanpa manusia yang peduli hingga sikap manusia yang dibentuk akibat bagaimana keadaan dirumah. Bukulah yang membentuk pemikiran saya yang sebelum di alam sekolah menengah dan realiti terhadap jendela diciptakan oleh penulis-penulis yang juga melihat dunia dan mendefinisikan dunia tanpa pernah  menjejakkan kaki ke dunia yang kadang-kadang penulisan mereka seolah-olah menilai manusia lain sebagai bukan manusia yang hidup hukuman dari pandangan mereka.

Realitinya, betapa penulis ini juga hidup sebagai apa yang dibencinya,ya memang sukar untuk mengasingkan kehidupan peribadi penulis dengan karya,kerana tujuan buku itu bertentangan dengan sifatnya yang jangan-jangan juga sebagai subjek yang dibenci. Ketika penulis buku pemikiran mengajak untuk berfikir dan menolak nilai tradisional bukankah itu juga sikap totalitarian dan fasis yang selalunya dilemparkan pada orang lain yang kurang sehaluan. Konsep kehidupan dan dunia nyata tidak semudah solusi yang dibawa,dan realiti tidak semudah teori di meja penulis yang terilham sana sini yang juga sesetengahnya diilhamkan dari alam persepsi dan perasaan dan betapa semua itu mengawal realiti. 

Kemiskinan tidak perlu dijadikan alat untuk menghukum masyarakat sebagai makhluk yang tidak berotak dan bodoh ekoran mata intelektual yang hanya terletak di keselesaan memuaskan sosial berbanding kesengsaraan fizikal yang dihadapi masyarakat, itu tidak semudah mengatakan menggubah ideologi, menggubah budaya,menggubah makna menggubah kesukaran yang dihadapi, kerana masalahnya bukan disitu. Penulis pemikiran sewenang-wenangnya menjadikan penderitaan orang lain sebagai sesuatu objek untuk memuaskan ego mereka, mendekatkan perspektif mereka. Padahal mereka juga manusia.

Dan penulis pemikiran hakikatnya lebih memikirkan idea daripada masyarakat. Seorang penulis yang kononnya pembela hak asasi manusia mentertawakan orang miskin ekoran tidak sehaluan politik dengannya. Seorang intelektual mengejek pembangunan kampung-kampung dan membandingkan dengan bandar besar. Mereka mengajak berfikir tetapi mereka juga pengikut  dan 'robot' penulis ilham mereka, betapa ramai yang seperti ini. Mereka tidak benar-benar sebagai memihak kepada orang ramai ekoran menurut mereka masyarakat ini semua bodoh, feudal,tak suka perubahan, candu agama. Bukan begitu? Perubahan yang mereka maksudkan apa sebenarnya? Atau mereka seperti kebanyakan orang lain yang tergila-gila dengan perubahan yang hanya datang disebabkan kekaguman dengan ideologi luar dan jika keperluan makan sudah dipenuhi sekarang keperluan pemikiran yang harus dituruti.

Apa yang rasionalnya? Jika intelektual benar mahu masyarakat berubah, mereka tidak harus tinggal didalam kesombongan dan sikap angkuh ini. Petani,pekebun, penoreh getah,nelayan yang hidup dalam kesengsaraan untuk hidup mereka caci itulah yang menjadikan negara tidak kebuluran akibat kegilaan mengejar teknologi, industri,hasil-hasil dari negeri miskin dan mundur itulah yang mereka makan dan di waktu lain mereka mengejek orang kampung. 

Dan ketika penulis pemikiran berada dalam peluang untuk kesedaran, merekalah sehina-hina manusia yang mereka ejek,bukan orang marhaen. Mereka memakan rasuah,mencuri hasil kerja orang lain,menganggu pelajar,mengagungkan penjenayah dan banyak lagi akibat makanan para penulis pemikiran ini adalah mimpi,harapan,retorik berbanding rakyat biasa yang harus memikirkan keperluan asas yang belum tersedia,keperluan asas belum cukup hendak bercakap tentang perlunya perubahan dan perhatian untuk masalah yang wujud dari "kaca mata"? Itu semua bukan solusi. Penulis pemikiran tidak pernah menawarkan solusi,mereka menawarkan mimpi dan mimpi itulah menyebabkan karier mereka meningkat. Tanpa semua ini,tanpa jualan mimpi dalam buku,tanpa retorik, apa lagi perniagaan yang menguntungkan selain menjual mimpi dan harapan? 
 Cakap senanglah.

Penulis pemikiran juga menafikan bagaimana seseorang harus hidup. Mereka juga berbohong atas nama kehidupan yang baik dengan menjaja spektrum merekalah yang terbaik,sedangkan bertentangan dengan moral yang selalu dibawanya.

Ketika disebuah majlis,saya agak kecewa melihat pemuda-pemuda yang kononnya pemimpin masa depan,tetapi mereka sangat jijik dengan rakyat marhaen orang kampung, miskin bandar. Tidak perlu disembunyikan bahawa pemuda ini kebanyakannya menjadi pemimpin pelajar di universiti-universiti dan pemuda salah seorang yang didambakan sebagai " masa depan" mengejek orang kampung dan pembangunan disana sebagai tidak berguna dan ditempat lain,saya sangat kecewa penulis remaja yang kini menjawat jawatan besar pemimpin pelajar di Universiti Malaya memihak kepada parti politik kesayangan mereka dan melarikan daripada realiti apabila keperluan asas di pedalaman negeri saya masih tertinggal tetapi kerajaan negeri sudah IR4.0 big data, AI bla bla bla seolah-olah hanya Kuching yang menjadi tumpuan namun kebiasaannya diimbangi dengan adanya pemuda namun disisi lain pemuda pemudi ini menentang dan bersuara hal yang basi,dan skrip yang sama sejak zaman 70 an lagi. Dan mereka semua mengelakkan dan memutarbelitkan apabila di negeri kelahiran mereka sendiri. Mereka mengikut idola-idola mereka dan spektrum idola mereka. Semua ini disebabkan idola pemikiran yang delusi dan menawarkan racun mimpi sebagai penyelesaian.

Demokrasi... Demokrasi.. Politik baru,politik lama,perubahan paradigma,suara...
skrip serupa pelakon yang berbeza.

Ulasan