Kepentingan
Setiap orang mempunyai kepentingan tersendiri. Kepentingan selalunya lebih besar daripada sesuatu yang lain jika tepat pada waktunya. Kepentingan beragam dari wang,hubungan, identiti dan defensifnya kepentingan selalu hadir apabila semua ini terancam.
Belum mempunyai kepentingan adalah waktu yang menarik ekoran dimasa ini kepentingan yang tumbuh belum membuak-buak.
Lihat eksperimen monyet diperkenalkan kepada konsep wang yang mana keputusan pembeliannya agak mirip dengan manusia meskipun tujuannya ya,sudah tentu haiwan yang cuma memikirkan kehendak seperti makanan dan lainnya. Eksperimen ini berlanjut seperti yang dilaporkan bla bla tetapi monyet memang mengenal konsep wang dan monyet mula mengenal untuk bersikap seeloknya dengan kepentingan (wang). Dan diatas wang adalagi yang lebih tinggi iatu wang dan kehendak untuk mengawan.
Manusia sudah tentu lebih kompleks dalam dunia penuh kepentingan. Memahami kepentingan membolehkan kita sedar dan mungkin tidak mudah untuk terpedaya dengan sesuatu yang lain-persepsi yang penjelasannya cukup panjang.
Semua orang sedar setiap orang ada kepentingannya tetapi kesedaran itu selalu dilupakan oleh maklumat-maklumat dan "gangguan" yang boleh dikatakan tercipta atas kepentingan lain. Maklumat memainkan peranan penting, minda memproses maklumat melahirkan pemikiran, spektrum dan pemikiran juga mempengaruhi emosi dan cara tingkah laku. Memang yang tidak terlalu deterministik dengan input pemikiran dan perilaku yang berbeza.
Bagogo dalam siri animasi Boboiboy merupakan semacam pelajaran awal kepada perwujudan kepentingan. Bagogo merupakan seorang yang mempunyai kepentingan dalam perniagaan dan Adudu merupakan salah seorang pelanggan setianya meskipun harganya mahal. Bagogo datang untuk mengingatkan Adudu serta boboiboy melarikan diri daripada serangan abang-abangnya. Bagogo sedar kepentingan perniagaannya lebih tinggi daripada kemarahan ditipu oleh Probe.
Sesebuah negara tidak pernah ada sahabat sejati kecuali atas dasar kepentingan. Apabila sesuatu yang bertentangan dengan kepentingan, disitulah munculnya headline. Amerika Syarikat digambarkan dalam filem Patlabor 2 sebagai negara berkepentingan yang merupakan villain kedua selain pengganas dalam filem tersebut.
Dan persoalannya semua yang wujud di sekeliling kita,belenggu simbol-simbol,jargon,kepedulian itu semua datang dengan wajah murni? Semuanya ada kepentingan kan? Atau selama ini kita melihat manusia daripada kertas dan bukannya sebagai manusia.. seperti kita?
Ulasan
Catat Ulasan