Manusia sembah sesuatu


Melihat manga Attack On Titan,ramai tidak menyukainya ekoran usaha watak utama dalam siri ini seolah-olah menjadi sia-sia dengan pengorbanan hampir seluruh populasi umat manusia di Bumi demi keamanan sementara yang kemudiannya kitaran keganasan tidak pernah berakhir. Ramai peminat siri ini yang kemudiannya menjadi peminat kepada watak tertentu seperti Eren menggelar diri mereka selaku yeageris kecewa dengan pengakhiran yang menurut mereka teruk. Penambahan adegan pasca kredit seperti Paradise diserang itu sendiri ditambahkan Isayama malahan dialog antara Armin dan Eren juga diubah untuk menjelaskan apa yang dia mahu sampaikan. Eren selaku kanak-kanak yang hidup didalam dunia dengan tembok dari dunia luar mahu bebas dan serangan demi serangan gergasi kyojin mengakibatkan dirinya menjadi lebih marah,darah panas dan bertekad untuk menghancurkan setiap gergasi yang ada. Keterbatasan terhadap dunia luar mengakibatkan dari musim pertama hingga tiga kita menyangka hanya umat manusialah yang tinggal ditembok ini dan yang ada diluar adalah kyojin. Memori yang dipadamkan oleh Raja yang mahu melupakan tentang memori wujudnya dunia luar dan lautan bahkan dunia yang lebih kedepan. Namun disebalik itu,seorang individu memainkan peranan yang lebih penting daripada Eren,Armin.


Dari buku yang dibawa Armin dan gagasannya,Eren mempunyai harapan untuk melihat laut dan gunung yang mereka lihat didalam bukunya dan tujuan hidup yang baru berbanding seorang kanak-kanak yang bosan. Hingga setelah ribuan pengorbanan dan darah, mereka akhirnya merasai air laut yang masin,dalam dunia yang setelah itu "bebas" daripada gergasi serta kebenaran yang tersorok. Bukankah daripada buku kebanyakan seorang bertindak akan sesuatu? Dari buku juga impian tercipta. Sejak dari awal Eren mahu bebas. Namun seiring kebenaran yang diterima impiannya berubah rentak dalam lagu yang sama,dia ingin rakan-rakannya hidup bahagia berbanding dirinya yang cuma ada waktu yang singkat,dan ekoran Armin yang sudah menjadi kyojin maka Eren sejak awal mungkinkah memang mahu menghentikan kitaran dunia gergasi ini? Selepas Eren mati,kyojin semuanya hilang dan Armin hidup lama bersama-sama Mikasa,Jean,Connie yang kemudiannya dipenghujung hari-hari terakhir mereka semuanya berulang kembali.


Anime dan manga dicipta untuk sebuah escapisme dari pelbagai masalah,hal ini diakui Satoshi Kon dalam kebanyakan filemnya bahawa anime sememangnya dicipta agar Jepun lari dari masalah dan titik hitam negaranya dan kebanyakan watak yang mempunyai hubungan dengan realiti sememangnya watak yang kurang digemari ekoran sifat watak yang mungkin ada dalam diri mereka. Begitu juga anime yang mengikut rentak realiti seperti Shingeki No Kyojin yang tidak ada yang namanya dunia utopia yang adil dan andai perjalanan dunia fantasi tiba-tiba dihentak realiti,maka meninggalkan kesan yang dalam.


Namun sedikit diperhatikan bahawa kematian Eren,impiannya mungkin tercapai untuk melihat rakan-rakannya hidup lebih lama berbanding dirinya dan hal itu sememangnya terjadi semasa pasca kredit. Hingga dekad berlalu dan Paradise menjadi maju dan sekali lagi menggambarkan bahawa sikap manusia tidak pernah berubah meskipun  sebanyak mana yang dicapai untuk merealisasikan sebuah keamanan,dan andai  bukan mereka,maka generasi seterusnya akan merobek keamanan itu. Kebanyakan orang gemar melihat kesalahan yang diciptakan oleh idea mahupun apa yang dipegangnya hingga wujud bahawa Agama adalah punca peperangan Komunis adalah punca peperangan, isme-isme adalah punca segala kejahatan dan jarang manusia melihat kepada diri mereka sendiri bahawa sikap dan perasaan itulah membawa kepada peperangan. Kita sudah menyaksikan dari setiap sudut bahawa semuanya tentang manusia yang tidak pernah berubah. Kita memilih untuk meletakkan semua kesalahan pada sesuatu yang lain tanpa menyedari sendiri semuanya datang daripada manusia. Apa sebenarnya masalah dalam manga ini? Seorang idealis yang berakhir tragik dan menjadi pembunuh yang penuh darah. Seorang yang cuma mahu melihat dunia dari tafsirannya sendiri serta sikap itulah hakikatnya tentang diri kita,Isayama menyebut Eren hanyalah pembawa kepada bagaimana cerita ini berjalan dan diakhirnya,kita semua menyedari bahawa semuanya bukan tentang Kyojin tetapi manusia dan manusia selaku makhluk yang rapuh menurut Pascal memerlukan panduan meskipun dada mereka mendabik mereka tahu segala-galanya. 


Tekanan yang melampau serta penglihatan yang sudah tidak lagi terhubung dengan realiti mengakibatkan manusia saling berbunuhan antara satu sama lain,meskipun tanpa Tuhan,tanpa Nabi dan tanpa Dewa didalamnya dan dunia baru tanpa semua ini dengan mendakap tafsiran baharu ini. Mata kita selalu menolak untuk meletakkan kesalahan diatas diri kita,oleh kerana itu dalam sejarah umat manusia hingga kini,pembunuhan dan kezaliman tetap terjadi meskipun didunia yang dicap penuh keamanan dan darah tetap mengalir pada tangan yang mempergunakan istilah ini.


Kita tetap menipu diri kita semua ini adalah ideologi,agama dan kepercayaan tanpa menyedari semuanya datang daripada kita dan pengharapan terhadap manusia. Sebuah realiti andai tiada lagi Tuhan maka yang menjadi tuhannya adalah manusia dan dunia. Kita bercakap dalam nada realistik dan jauh dari penghayatan terhadap ideologi ciptaan manusia yang penganutnya sudah membunuh dan menindas banyak orang. Kesemua ideologi manusia datang dengan darah,kerana penganutnya tetap manusia.


Sejak awal lagi manusia selalu diperingatkan untuk tidak meletakkan harapan pada makhluk tetapi keingkaran yang berlapis selalu membawa kebinasaan kepada diri kita. Andai sang manusia mendakwa dirinya bebas maka dimanakah tempat tertegaknya semua itu andai kita melihat dia yang mendakwa sedemikian sebagai manusia? Atau sebuah penjara yang disangka pembebasan? Hakikatnya,pihak autoriti agama lebih jujur daripada pemikir-pemikir dari Barat yang terinspirasi dari kejadian baik menulis antitesis untuk sebuah realiti yang sakit dan meskipun dalam makna yang baharu serta definisi yang baru,realiti masih berjalan. Setiap  masalah kelihatan boleh jadi ataupun sekadar "masalah perspektif" yang semuanya boleh diruntuhkan ekoran setiap ciptaan manusia selalu  runtuh dalam waktu yang sekejap-andai kini keluar daripada teks-teks dan menjadi tindakannya,kesannya rupanya lebih teruk dari sebelumnya. Apakah sebenarnya perubahan? Kita boleh berubah ideologi tetapi berubahnya naluri,sikap dan perasaan kita yang selalu membawa kepada kemusnahan?


"Setiap manusia ditakdirkan untuk bebas" hanyalah terbit daripada lidah manusia yang belum mampu menjelaskan hakikat manusia tetapi angkuh mendefinisikan siapa manusia dalam ketidaktahuannya. Baik nama seperti John Locke yang dalam nada realistik jika kita mempersoalkannya bahawa "Anda siapa untuk mendefiniskan manusia dari akal anda yang tidak tahu apa-apa bahkan tentang sekecil semut tetapi cuba menjadi Tuhan yang baharu ketika manusia meletakkan 'Tuhan' sebagai pesalah akibat kekecewaanya terhadap manusia?" Ketika Marx berjaya memabukkan pengikutnya dengannya idea komunisme,dia berdiri megah dengan "agama adalah candu",Marx tersilap bahawa manusia sememangnya mencandukan sesuatu,termasuk dirinya bahkan menolak kenyataan dirinya bahkan berdalih-dalih bahawa dirinya seorang rasis yang berwajah malaikat komunisme. Jangan pernah tertipu dengan sesiapa sahaja yang menawarkan anda pelarian dari hakikat,dengan idea- idea khayalan ciptaannya yang hari menipu manusia moden.

Persoalannya,mahukah anda menyembah idea dan diri manusia yang lemah dan rapuh sedangkan adanya kuasa yang lebih tinggi?

Sedikit sebanyak kesedaran dan perjalanan manusia untuk mencari harapan baik dari satu ke satu gagasan yang lain. Seorang yang berharap untuk dunia yang bebas dari autoriti agama dan hukuman,larangan kemudiannya mendakap maksud Kebebasan,Sekularisme agama dan mengangkat tokoh-tokoh pujaan mereka hingga selang beberapa waktu mereka menyedari betapa hipokritnya semua ini dan hanyalah simbol untuk wang,alternatif daripada kapitalisme. Dia kemudiannya mendakap sosialisme atau kiri yang juga sama meletakkan manusia selaku tujuan utama berdiri,setiap manusia akhirnya merana dan mencari-cari makna kehidupan yang sebenarnya. Ajaran seperti Millah Abraham menyedari hal ini bahawa manusia gemar ditaklukkan dan hidup dalam fantasi ciptaan manusia untuk lari dari sesuatu. Kelompok ateis gemar meletakkan kesemuanya contoh ini membenarkan betapa bebasnya mereka namun tanggapan menjadi bebas tidak pernah semudah itu dengan menoktahkan TUHAN. Mereka melupakan faktor selain perkataan TUHAN melainkan menjadi ilusi baik free thinker mahupun nihilis,perasaaan sememangnya mempengaruhi bagaimana manusia berfikir,menjadi emosional selalu membawa kepada tindakan yang menunggang rasional tanpa melihat konteks yang lebih luas atau faktor bukan dari teks-teks sebaliknya pengalaman peribadi yang buruk,ateis kebanyakannya menunggang Sains untuk membenarkan hujahnya meskipun Sains yang dipakai hanyalah selektif,mungkin sudah digantikan dengan 'penemuan' Sains yang baharu,ateis juga mengalami masalah untuk memahami Sains dan kepercayaan terhadap pseudoagama dan pseudosains. Rasionalnya itu sendiri diragukan sejak awal melainkan faktor emosi bahawa ego,individualis dan melarikan diri dari hukuman itulah membawa kepada jalan yang ditempuhnya sekarang. Kerana itu penting melihat manusia hari ini sebagai manusia.


Kelompok "untuk berfikir" selalu mengatasnamakan berfikir dengan menolak segalanya,undang-undang dan kesilapan hingga kegagalan manusia yang menggunakan akal yang cetek dan sempit ini hingga banyak pertumpahan darah melahirkan dunia baru bahawa TUHAN sudah kembali baik didunia Barat atau Timur. Mereka mendapati MANUSIA bukan TUHAN yang sempurna dan sejak fasa menjadi TUHAN itulah mereka membuat banyak kerosakan di bumi ini. Para agamawan sering menceritakan kembali sirah-sirah dan kelemahan mereka adalah sirah itu kurang membuatkan audiens berfikir dari sudut manusia hingga timbulnya kepercayaaan simplistik terhadap azab dan panduan dan kelompok yang meremehkan azab Allah. Ketika Allah SWT menurunkan Rasul dan Nabi,hakikatnya manusia sememangnya mencapai kemajuan yang tinggi dan kemajuan itu tidak pernah menjamin apa-apa melainkan meruntuhkan masyarakat yang tiada panduan,dan untuk mencari sesuatu yang harus disembah,mereka menyembah berhala dan memberitahu berhala itu apa yang harus menjadi larangan. Sejarah penolakan terhadap Tuhan bukan kisah baharu diabad moden yang penuh keangkuhan,ianya sudah lama menjentik manusia yang dalam penaklukan manusia dan kedatangan Rasul dan Nabi datang untuk membebaskan mereka dari penyembahan terhadap makhluk dan membawa mesej Tuhan yang mereka ingkari!

Sesetengah penulis semudah itu mengatakan ketaksuban terhadap agama adalah puncanya. Tidak semudah itu. Penulis di Malaysia suka melihat yang jelas dihadapan mata dan membezakan manusia di Malaysia dengan manusia di China,di Amerika hingga mengatakan agama puncanya dan delusionalis di Twitter yang menyalahkan Tahfiz,yang menyalahkan Sekolah Agama,yang menyalahkan JAKIM itu tidak pernah menjadi yang tertindas dan hidup dalam kesengsaraan. Anda juga dikonsumsi kebencian anda terhadap orang yang berwajah agama hingga melampiaskan kebencian pada Sekolah Tahfiz dan institusi agama. Semuanya atas dasar apa? Sekali lagi disebabkan ideologi sempit yang korup menjadi radikal dan ekstrim. Apabila kebencian disertai ideologi, ianya menjadikan seseorang hidup dalam kebencian yang didasari sikap.

Kegagalan dan kesedaran terhadap dusta manusia melahirkan dunia yang baharu-bakal tiba dan seperti sejak awal bahawa sikap manusia tidak pernah berubah dan sekarang kita harus berfikir untuk membebaskan diri daripada penyembahan terhadap manusia dan rekaan-rekaan mereka!

Ulasan