Sebenarnya Kementerian Dalam Negeri sedar, semuanya propaganda.
Pengharaman buku adalah sebuah hal yang sangat kontroversi dan penulis-penulis sentiasa menjadikan KDN sebagai watak jahat yang menghalang kebebasan bersuara mahupun kebebasan memilih namun KDN tidak semata-mata mengharamkan buku berbaur ideologi LGBT,Komunis, Kiri sebaliknya kumpulan pengganas seperti ISIS dan Daesh serta ajaran sesat dan banyak lagi. Mungkin ini menimbulkan kemarahan ekoran ramai penulis merujuk apa yang dilakukan KDN adalah sebuah tingkah 'pembodohan' dan hal itu boleh lagi dipersoalkan terletak 'kebodohan' dan KDN bukan semata-mata dikelolakan Menteri yang bertukar-tukar sebaliknya lebih banyak individu yang sedar keselamatan dalam negara.
KDN sedar,buku-buku,filem,muzik inilah propaganda sejak zaman berzaman yang melahirkan subjek propaganda. Soviet menggunakan taktik sebegini untuk memenangi perang dingin. Amerika Syarikat juga serupa. Propaganda lahir sebagai senjata dan upaya untuk memenangi persepsi dan perang persepsi lebih berkesan berbanding senjata dan kajian CIA juga mendapati 98% orang terperangkap dalam persepsi dan kebanyakannya berjalan dan menjadi seseorang diatas persepsi tersebut. Permainan persepsi membentuk banyak peristiwa, ahli politik antara individu yang menggunakan permainan persepsi dan beberapa tahun lalu saya pernah menulis tentang "Manusia sembah sesuatu" dan akibat fitrah manusia yang gemar mengidolakan sesuatu maka ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk memenangi.
Jadi...semuanya propaganda? Tidak ada kebebasan dan keadilan dari manusia yang percuma,semuanya beragenda.
Ulasan
Catat Ulasan