"The growing conservatism" sedar tak sedar mereka pun dah jadi fasis
Apa yang liberal, sekular, kiri takut dengan meningkatnya Konservatism di Malaysia? Bukankah ini semua kelompok yang dulu melaungkan suara anak muda,melaungkan kebebasan dan sekarang menjadi totalitarian dan autoriti pemikiran? Ini sudah menjadi kultus yang mendakwa dirinya suci, bersih, ideal dan cahaya pada umat manusia? Sejak bila menjadi konservatif itu salah? Ini sebuah pemikiran yang sempit dan total,bagi mereka meningkatnya sokongan terhadap PAS bersamaan dengan meningkatnya ekstremis,itu sangat sempit. PAS hanyalah tindakan disebabkan kegagalan para autoriti ini untuk bercakap masalah mereka yang sebenarnya dam seandainya PAS bertindak serupa, PAS juga akan kalah,kemudian apalagi tandanya? Malaysia semakin subur demokrasi kerana PAS kalah? Apalagi slogan akan ditunggangi? Kenapa segalanya diukur dengan sokongan kepada parti politik? Jarang sekali elit dan golongan ini bercakap tentang kesusahan orang ramai,lagi-lagi melihat wajah orang susah ini , mereka cukup benci ekoran pemikiran orang kampung yang pada mereka kolot,separuh evolusi,bodoh berbanding mereka yang sedar,demokrat,pintar,kritis.
Ini sebuah bentuk dehumanization yang jelas menghukum seseorang diatas pilihannya,para intelektual yang kini menjadi boneka ahli politik sekali lagi menunggang slogan. Adakah meningkatnya konservatism rakyat Malaysia terus membantai golongan non muslim,terus merobohkan tempat ibadat? Terus menjadi neo nasi? Simplistik sungguh menyimpulkan sedemikian.
Siapakah yang fasis dan prejudis sekarang? Bukankah kelompok ini yang bukan main mengatakan orang Melayu bodoh sebab takut dengan sesuatu yang tak ada,sekarang mereka yang takutkan sesuatu yang tiada dengan membawa ketakutan pada orang lain,dan tiba-tiba menjadi tidak demokratis dan mengatakan pilihan mereka satu-satunya sesuai! Hipokrit.
Ulasan
Catat Ulasan