Pornografi itu Escapism? Tapi nak lari mana?
Kata-kata, tulisan yang indah boleh memanipulasi akal dan menggubah pemikiran orang lain ekoran banyaknya pohon, rasa metafora,retorik yang bercampur adik demi menggubah maksud terhadap sesuatu.
"Pada dasarnya menulis pornografi itu tidak salah, erotik dan pornografi"
Pada dasarnya semuanya sama,dicipta atas penghambaan kepada hawa nafsu dan definisi, tafsiran datang kemudiannya untuk menafsirkan hawa nafsu ekoran alangkah daya akal juga telah tunduk dengan nafsu,nak pusing sama jugak. Faktor domino dan definisi enabler yang sebenarnya tak boleh berhenti dari ketagih bahan lucah ini selalu membawa hal-hal romanticism sedangkan masyarakat rosak meskipun kononnya pornografi itu salah kerana nilai agama sedangkan manusia yang bebas,waras tidak menjadi hamba kepada semua ini,tidak membuang kesempatan, tidak berfantasi dan bermimpi. Itu loser,unproductive.
Semua orang tahu pornografi merosakkan bagaimana seseorang melihat dunia,dan merosakkan mental, melahirkan penjenayah-penjenayah dan penulis lucah yang cuba melarikan diri ini masih hidup dalam jendela yang diciptakan sesuai apa yang mahu lihat dan menutup jendela yang menghalang mereka.
Manusia memang memiliki nafsu tetapi sekarang nafsu yang memiliki manusia? Hanya peribadi yang mampu melihatnya lebih luas.
Ulasan
Catat Ulasan