Stereotaip jantina- dan matriakis

Kurang rasional dan tidak adil mengeneralisasikan semua lelaki sebagai sifat-sifat yang tak elok dan saya juga sebagai perempuan yang menentang sikap bias dan selektif oleh retard-feminis yang bertopeng perjuangan wanita. Secara rasionalnya,seseorang manusia tidak boleh distereotaipkan dengan perlakuan oleh orang meskipun orang itu ada identiti yang sama. Ketika ramai wanita di TikTok memberi sokongan terhadap gigolo Melayu waktu yang lepas adakah saya yang juga perempuan Melayu menentang aktiviti ak bermoral itu dikatakan juga pendukung gigolo itu? Dimanakah prinsip para matriakis ini ketika kes gangguan seksual dalam kalangan lelaki juga meningkat yang diganggu wanita? Kerana itu stereotaip jantina dan persepsi yang dibawa oleh golongan matriakis ini tidak ikhlas melainkan mendendangkan agenda mereka semata-mata. Mereka menunggang isu-isu untuk ideologi mereka dan tak lain persepsi terhadap lelaki. Kenapa seluruh lelaki harus dianggap seakan-akan berwajah binatang? Adakah puak matriakis beranggapan "meneutralisasikan" lelaki akan menyelesaikan masalah? Taktik "I've met" itu bukan bukti melainkan pandangan dan saya juga boleh menggunakan cara yang serupa bahawa saya pernah ternampak didepan mata perempuan 

Dan bagi kenyataan popular bahawa majoriti pelajar universiti adalah wanita bagi mencipta satu lagi stereotaip,apa jawapan matriakis apabila majoriti pelajar di Institut Teknikal adalah lelaki? Perempuan reti teori,lelaki reti teknikal,gitu? Atau matriakis nak cakap yang pergi Poli ni bodoh ke,itu satu kes pulak .

Ini terpakai pada puak sigma di TikTok,puak feminis di Twitter bahawa kalau ada isu dengan perempaun atau dengan lelaki tak payah kaitkan seluruh jantina. Sigma di TikTok menganggap perempuan yang minat engineering sebagai sepatutnya duduk kat kitchen gitu,Matriakis kat Twitter pulak menggangap semua lelaki per*gol. Pelik betul dunia. Dua-dua ekstrim.

Ulasan