Apakah ada niat yang murni dalam peningkatan radikalisme dan ekstremism sekular-liberal di Malaysia?

Kepesatan teknologi membolehkan lautan maklum kini menjadi sebuah realiti dan maklumat adalah senjata yang lebih efektif berbanding kecanggihan senjata dan kecerdasan buatan ditakuti kerana teknologi tersebut adalah jambatan kepada 'lautan maklumat' dengan ketidaktahuan manusia. Di era perang dingin, Soviet menggunakan taktik maklumat sebagai senjata dengan memasukkan jarum ideologi seperti komunisme,marxism dan sebagainya ke dalam buku-buku di Amerika Syarikat yang menyebabkan dominasi golongan kiri di negara tersebut yang anti-kapitalis dan anti-perang itu tumbuh hingga hari ini fenomena yang sebenarnya Soviet 'berjaya' tetapi jatuh tanpa sempat merasa lama kejayaan tersebut. 

Dalam konteks setempat, kemasukan novel-novel,muzik-muzik dan kandungan dari pelbagai pelosok sepanjang zaman menyaksikan adanya penganut atau kiblat secara tidak langsung pada asal usulnya. Berdasarkan pemerhatian penulis dalam sesetengah buku,unsur-unsur seperti apatisme dari sesetengah manga dan anime dalam jumlah yang banyak melahirkan trait individu yang apatis dengan apa yang berlaku. Sementara unsur postmodernism juga terlihat jelas dalam sebahagian besar penerbit alternatif dan sesetengah arus perdana ekoran mungkin ideologi penerbitannya sebagai pulp fiction yang urban dan idea urban dan hutan batu adalah lahir daripada pax-americana hingga melahirkan kumpulan sosial "orang bandar" yang mempunyai psikologi dan persekitaran yang berbeza dengan "orang kampung". Di wilayah Wakayama,Jepun sesetengah penduduk membiarkan perkampungan mereka terbiar untuk berhijrah ke Tokyo untuk kehidupan yang baik seiring dengan kepesatan industri teknologi Jepun sebelum gelembung meletup. Sekitar 1990an,Allahyarham Adenan Satem pernah merungut tentang masalah rumah setinggan di Kuching Sarawak dimana penghijrahan dari kawasan kampung ke bandar menyebabkan pertumbuhan tinggi rumah setinggan dan menurut BAHAM (2016)  hampir 90% Melayu Kuching tidak mempunyai tanah. Ini menggambarkan urban sebagai pusat yang membolehkan kumpulan urban terbentuk yang tinggal di Bandar yang asalnya kumpulan dari perkampungan.

Ini telah mengakibatkan golongan ini sebilangannya menerima teknologi untuk mengakses maklumat dari pelbagai negara. Generasi awal Internet hari ini adalah Generasi X yang menggunakan teknologi pada perkembangan yang awal namun penulis sedikit kurang setuju dengan Internet sebagai faktor pertama yang membawa kepada faktor domino dan sebelumnya, stesen-stesen Televisyen dari luar negara dan pendedahan kepada nilai luar mengakibatkan sesetengah orang yang menjadi subjek membawa nilai yang serupa ditanah air. Teori identiti dimanfaatkan sebaiknya ketika usia remaja yang mencari model contoh yang sesuai dengan persona mereka. Sukar untuk menjelaskan satu persatu unsur luar yang ada dalam setiap kandungan di Malaysia ekoran kekurangan penulis setempat untuk berada dalam dimensi tempatan itu hampir tidak ada ketika zaman itu namun seiring perkembangan zaman dengan kelahiran penulis baharu dan sebenarnya ada sisi lain "budaya luar" ekoran ketika Revolusi Iran 1979 dengan menjatuhkan pemerintahan Shah yang merupakan manifestasi dari gerakan melalui media-tape-ceramah Imam Khomeini menyebabkan rakyat sedia untuk berubah dari monarki kepada Republik Islam. 

Di Malaysia ketika itu Islam didefinisikan "Islam Melayu" dengan perbandingan dengan "Islam Arab" walaupun terlebih dahulu faktor "penjajahan Inggeris" menjadi faktornya hingga aktiviti-aktiviti seperti kasino,kabaret,judi,minum arak sebagai simbol kemajuan ekoran Sanib Said pernah menulis keadaan Melayu di abad ke-19 sangatlah mendukacitakan dengan kemiskinan dan kekurangan ilmu pengetahuan dan  inilah modal untuk menyamakan pemikiran Melayu yang merupakan rakyat Sultan sebagai kunci kertertinggalan mereka atau dalam bahasa dan pemikiran Baratnya,feudalism. 

Alhasil dari situ lahirlah gerakan untuk merubah masyarakat yang semakin "konservatif". Menariknya betapa sistematiknya peningkatan konservatism menurut " liberal" ini ekoran secara peribadi bagi penulis, makna konservatism  menurut kaca mata sesetengah penulis yang "liberal" berbeza dengan tradisional yang dipegang Melayu-Islam dan memandangkan Islam sendiri sempurna, tiada istilah konservatism ekoran ketetapannya sendiri tidak berubah melainkan datang sebagai "kepuasan sosial",istilah yang disebut Abdullah Chek merujuk golongan yang mendakwa masyarakat memerlukan perubahan dalam cara berfikir walaupun sebenarnya mereka kurang "peduli" seperti golongan sasterawan dan aktivis. Ini pedas tetapi Abdullah Chek seorang yang realis dan seorang yang lebih banyak berjasa dalam membangunkan kawasan bandar dan pedalaman di Sarawak berbanding sasterawan, pemikir dan ahli retorik.

Berbalik kepada reaksi terhadap berkembangnya "konservatism" (meskipun saya tidak tertarik pada sesuatu gerakan dilabel dengan label luar) dimana penubuhan sekolah agama kerajaan, JAKIM,Islamisasi,HIKMAH akhir abad 20 menyebabkan lahir produk-produk baharu dalam acuan baharu ini. Namun sedikit penghargaan khususnya di negeri Sarawak ekoran HIKMAH ditubuhkan ketika ideologi ateism,sekularism dan liberalisme meresap masuk di sekolah-sekolah swasta ketika itu dan ramai pemimpin Sarawak lahir di sekolah yang saya tidak akan sebut ini,para intelektual Islam berbincang dan lahirlah BINA dan Allahyarham Tun Abdul Rahman Ya'kub adalah seorang yang sangat berjasa malah beliaulah yang berjasa dalam citra kembali kepada leluhur Melayu-Islam meskipun seorang berbangsa Melanau dan secara peribadi beliau adalah inspirasi saya untuk terus belajar ekoran beliau dalam usia yang lewat memiliki ijazah sarjana. Hari ini,HIKMAH berjaya membangunkan bakal-bakal peneraju masa hadapan dan Kolej Universiti mereka yang menggunakan tahfiz-TVET bakal mengambil kumpulan pertama anak tahfiz untuk program teknologi maklumat pada 2026 kelak.

"Setiap daya akan ada bertentangan"

Namun, 'team sebelah' juga sistematik dengan urbanism yang disebutkan tadi. Media sosial dalam skala menjadikan kelompok ini menerokai selain media arus perdana dan meneroka komunisme, liberalisme, social justice hinggalah wujud gerakan seperti SIS,KMU dan banyak lagi, bagi kes G25 itu hanyalah produk masa lalu yang tidak lagi relevan dan hanyalah gejala yang sering disebutkan Allahyarham Mohamed Rahmat. Namun gerakan sebelah kini beransur-ansur menjadi elit padahal asalnya perubahan untuk rakyat marhaen. Model yang kurang sesuai? Gerakan untuk "berubah" atau slogan bercampur populisme iatu kebebasan, keadilan itu semakin bersifat komersial dan berlaku pada kelas tersendiri sahaja. Lihat sahaja betapa ramai intelektual dan pemikir aliran alternatif yang berada pada jalur elitisme dan elitisme itu mengakibatkan wujudnya sikap superior berbanding dan fenomena ini universal kerana manusia itu pada akhirnya segalanya tentang dirinya dan ego.

Akibat daripada rasa elit ini membawa dunia terasing daripada masyarakat marhaen dan orang-orang kampung dan ironinya golongan miskin adalah subjek yang selalu dibawa mereka untuk merasionalkan perubahan cara berfikir tentang identiti sebagai solusi. Dan apabila masyarakat menolak, maka elitis ini tidak lagi "sedia membantu!" dan dipenuhi agenda. Setiap ideologi adalah agenda dan masyarakat setempat tidak harus berada rendah diri dengan ejen-ejen pemikiran luar.

Dan impak dari keterasingan sentiasa melahirkan perasaan untuk mengawal, mendominasi dan sepanjang sejarah manusia saling menakluk antara satu sama lain dan kali ini sisa ingin mendominasi itu masih ada dengan totalitarian dan golongan ekstremis sekular-liberal yang lahir akibat keterasingan pada masyarakat setempat. Ketika golongan mereka mencadangkan agar JAKIM dimansuhkan dan Sekolah Tahfiz dimnsuhkan dan mengisytiharkan Malaysia sebagai negara sekular mirip Turki era kemal maka corak radikalisme dan ekstremism juga terpakai pada mereka sedangkan Sekolah Tahfiz diwujudkan atas pilihan dan bukan paksaan,dan bukankah menghukum pemikiran yang tidak sealiran juga bentuk autoriti pemikiran mirip seperti era Soviet? Dan siapa sebenarnya ekstremis disini? Itu persoalannya? 

Selepas Revolusi Rusia,terbentuknya Soviet yang asalnya mengambil aliran komunisme dan seperti biasa sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin akan mendefinisikan "kebenaran" dan diatas ideologi radikal itu,pemimpin membunuh rakyatnya sendiri. Ramai yang menafikan ini tetapi sesiapa sahaja yang berada di puncak akan menjadi korup dan ideologi yang dibawanya juga akan sedang diuji di lapangan dan ciptaan manusia selalu tidak sempurna. 

Dan kebetulan sebagai sebuah negara persekitaran "santai" berbanding dengan negara-negara yang membentuk revolusi dan bakal kembali ke zaman monarki. Revolusi? Tidak,sikap manusia tetap sama. Jika model yang memperjuangkan kebersamaan,sang pejuang itulah yang menjadi raja bukan monarki yang baru.

Ulasan