Pengalaman buruk yang lampau selalu menjadi punca...
Ada sebuah cerita yang menarik disini dimana ketika semester 2 saya mengalami PTSD akibat direndahkan oleh ustazah saya dan andai saya melihatnya sebagai pemuka Islam ataupun representasi Islam sudah lama saya berakhir pada para murtadin yang dibayangi dendam ekoran saya juga sedar masalahnya tetap sama,manusia yang suka menyalahkan hal lain kecuali diri mereka dan adakah kerana manusia saya menyalahkan pencipta?
Ketika semester 2, saya mengalami tekanan mental yang agak berat ketika kekurangan wang,kasihan melihat keluarga yang susah sedangkan saya makan yang bagus-bagus di rumah sewa dan selalu berfikir untuk berhenti belajar dan bekerja kembali ekoran saya asalnya bekerja di tempat kerja yang agak kejam tetapi hanya itulah yang memberi saya wang,yang halal untuk hidup dan punca saya berhenti untuk pendidikan yang lebih baik untuk pekerjaan yang lebih baik. Saya memang tidak pernah memusatkan perhatian saya pada manusia, dan ketidakpedulian itu menyebabkan saya masih berjalan walaupun direndahkan,ditengking,dihina ekoran tujuan itu harus lebih kuat dari segalanya.
Dan ketika tidur dalam kelaparan,ditambah saya juga memikirkan betapa direndahkan diri saya,akibat dari itu saya kemudiannya tidak mahu menonjolkan apa-apa kemahiran teknikal dan mempribadikan semua projek aturcara, tulisan saya di Internet tentang Sains,Komputer, Filem dan memadam blog yang dibuat sejak 2020 yang kini saya arkib untuk tatapan saya sendiri. Kemudiannya, direndahkan secara berterusan malah dikalangan pensyarah menyebabkan saya kurang terurus dan hanya bermain permainan video dalam laptop saya,Doom 1 dan 2.
Prestasi akademik saya jatuh dengan teruk akibat fokus yang terjejas dan untuk menampung belanja saya, saya menjalankan perkhidmatan cetak dan itulah wang yang memberi saya makan dan akibat banyaknya pesanan dan printer yang cuma satu menyebabkan saya lambat dan sering dimarahi dan direndahkan hingga merosakkan kesihatan mental, asalnya saya tidak pernah peduli hinaan orang lain sejak tamat SPM,tetapi tekanan yang datang dsri setiap arah menyebabkan saya tidak dapat berjalan dengan betul. Sebenarnya saya juga tersilap mencetak hingga lambat ke kelas dan hujungnya saya juga bercadang untuk memohon maaf dan melupakan saja ini. Prestasi akademik saya jatuh merudum.
Andai saya hidup selaku pendendam yang melampiaskan dendam pada Islam,saya memang meninggalkan Islam ekoran sikap umatnya,namun rasionalnya sikap seseorang tidak pernah mewakili apa yang dibawanya dan ketika dalam titik itu juga saya pernah hampir mahu menjadi seorang ateis dan menentang Islam hinggakan saya kembali rasional dan melupakan emosi tadi bahawa itu terletak pada sikap,sikap manusia berbeza-beza yang mencipta persepsi buruk. Saya tidak mahu hidup dalam kebencian dan dendam lampau. Dan sikap manusia sememangnya seperti manusia dan bukan ciptaan yang sempurna. Ramai murtadin yang asas identitinya selaku murtad dari layanan,pengalaman dan buli daripada kelompok pemuka agama.
Mujurlah ustazah tersebut memohon maaf untuk segalanya sebelum berangkat untuk ibadah haji dan saya juga memohon maaf diatas kesilapan saya.
Ulasan
Catat Ulasan