Pengarah Grave of Fireflies menafikan filemnya tentang perang
Filem ini memang dianggap sebagai filem anti perang dan kebanyakan orang melihat kelip-kelip dalam filem ini sebagai orang yang tidak bersalah dan korban peperangan. Filem ini mengambil latar tempat di Kobe,Jepun sekitar Perang Dunia Kedua dan ketika Jepun menyerah kalah.
Namun,pengarahnya (Isao Takahata) menafikan filem ini sebagai sebuah filem yang bertema anti perang sebaliknya berkaitan dengan penyesalan seorang abang terhadap adiknya yang mengambil latar di waktu perang dan andai tanggapan awal bahawa perang dan keadaan yang menjadi faktor maka sebaliknya sikap Seita?? (Akiyuki Nosaka menulis novel ini sebagai penebusan rasa bersalah terhadap kematian adiknya)
Ketika kota mereka dibom,Seita dan adiknya tidak ada tempat tinggal dan mereka menumpang di rumah makciknya yang kemudiannya Seita dan Setsuko sedikit bebanan di rumah makciknya dimana dari awal misalnya makciknya sudah menawarkan tempat tinggal maka seharusnya Seita mengurangkan bebanan dengan melakukan sesuatu yang produktif ekoran seiring isi rumah yang bertambah, maka perbelanjaan juga akan bertambah lebih-lebih lagi era peperangan. (catuan..catuan beras.)
Tidak tahan dileteri makciknya, Seita kemudiannya memasak sendiri dengan bantuan makanan aka catuan beras.
Namun,selepas makan,mereka meninggalkan pinggan,cawan,periuk kotor di dalam singki dengan harapan makciknya akan mencuci untuk mereka dan kemudian baring di bilik mereka(perhatikan ketika makciknya membahagikan sup yang mempunyai lebih banyak isi kepada ahli keluarganya sendiri manakala untuk Seita dan Setsuko kebanyakannya kuah sahaja,dan mereka menambah lagi). Seita tidak bersekolah dan tidak bekerja dan menumpang secara percuma di rumah makciknya("kamu mahu makan nasi tapi tidak mahu mendapatkanya?!"). Pendek katanya, Seita menyusahkan makciknya dan dia seharusnya bekerja atau bersekolah untuk membalas budi makciknya(dari sudut akal budi Melayu). Sedikit perkataan yang sememangnya kurang enak hingga Seita merasa harga dirinya dipijak dan kemudian berpindah ke Pangkalan perlindungan(??) dan mencari sendiri sumber makanan baik membeli,menggadai atau mencuri hingga ditangkap!
Peniaga/Pesawah menyuruh Seita melupakan harga dirinya dan kembali ke rumah makciknya. Setsuko mengalami malnutrisi. Hingga berhalusinasi Seita membawa makanan yang banyak! Hingga akibat dari sikap Seita,dia kehilangan adiknya.
Namun,Seita hanyalah kanak-kanak berusia 14 tahun yang seakan dipaksa untuk menjadi seorang dewasa yang sedang menanggung beban. Persekitaran mencipta siapa kita. Seita,seperti kanak-kanak lain bergantung harap kepada orang dewasa untuk hidup mereka. Keterbatasan untuk memahami bagaimana dan kenapa itu memakan masa yang lama lebih-lebih lagi sikap darah muda itu kuat memberontak.
Adakah ia tentang masyarakat? Mungkin ya. Kita gemar menyalahkan sesuatu tanpa merefleksi diri kita. Makciknya memaksa-maksa Seita untuk keluar dari dunia kanak-kanaknya dan cuba menjadi seorang lelaki yang rajin padahal dia masih kurang faham semua itu. Ketika kecil kita merengek meminta dibelikan mainan,tanpa mempedulikan ayah kita ada wang atau tidak oleh kerana kita adalah kain putih yang sedang dicorakkan dan belum memahami dunia.
Namun sikap bergantung harap kepada orang lain bukan ada pada kanak-kanak semata-mata sebaliknya masih menjadi belenggu dalam kehidupan. Walaubagaimanapun, belum tentu semua memahami tingkah laku untuk cuba lepas dari sikap bergantung harap sepenuhnya ini. Ketika di Kolej, penulis bertekak lidah dengan dua rakan serumah yang mahu menemani penulis ke bank untuk membayar insurans meskipun dibawah panas yang terik ekoran penulis hidup dalam persekitaran kerja yang mana segalanya dilakukan sendiri dan meminta tolong adalah bencana. Adakah penulis turut membawa teaser dunia sebenar kepada mereka? Tak pasti
Ulasan
Catat Ulasan