iyerr,Ateis menunggang Sains berlambak kat Malaysia🗿
Setiap orang ada cara pandang dan seperti biasa blog ini sering menekankan ateisme hanyalah kultus atau sekte yang seperti ajaran Millah Abraham(eh tiba-tiba teringat case study saya ,next time post), Ibu Yati,Rasul Melayu🗿🗿.
Sebagai seorang yang dah lali dengan ateis-agnostik,dorang ni bergantung dengan kenapa orang tu jadi ateis,faktor "self defense" lagi penting dari "logika" "kebenaran" bagi para ateis. Istilah yunani-Anglo sering dibawa-bawa tu pun separuh masak.
Kebanyakan ateis dan murtadin dipengaruhi masa lalu yang buruk,seorang murtad yang pernah bersekolah agama dahulunya sering dibuli di sekolah lama sampai dia menyalahkan Islam dan kini menjadi pastor. Dan kes-kes perlakuan buruk dari individu yang membawa imej agama jadi dia dah selarikan terus seseorang tu mewakili Islam. Kita bersimpati untuk apa yang berlaku tetapi sebaliknya para bekas "Muslim" ini membuli dan meskipun keluar dari ajaran menurut mereka dipenuhi " kebencian" ,mereka tidak dapat melepaskan diri daripada "kebencian" yang pekat. Aneh,bukan?
Merujuk kes abang Helmi kat atas dan quote beliau; "Ateis dahlah jahil agama, Sains pun jahil"🗿🗿 Sangat apologetik ya bang Helmi.
Sains sebenarnya hanyalah alat untuk merasionalkan spektrum "ateis" dan hanya memetik apa yang disukai dan sesuai dengan perspektif " Tiada Tuhan". Sedangkan penentangan ateis terhadap agama itu didasari emosi melampau yang bertopeng "rasional". Mengapa tiba-tiba masuk ke dimensi Sains? Mungkin itu saja alat ateis,modal Sains dipetik sesuai tekak sendiri dan menyimpang dari " Sains"?
Sindrom yang kebiasaan dalam kalangan ateis adalah "Learn No More" dimana pemikiran mencapai kesempurnaan kebenaran itu ada dalam diri mereka,tidak perlu kaji lagi,semuanya noktah bahawa "Tuhan tidak ada". Semudah itu. Ateis juga hidup dalam perasaan merasa lebih pintar, benar berbanding teis diatas kesedaran palsu. Masalahnya itu bukan kesedaran, itu perspektif.
Sebagai ex ateis,aku merasa tersindir kali ni, zaman ateis dulu penuh dgn kesengsaraan mencari Allah walaupun Dia dh ada. Aku je tercari-cari. Remember guys,dunia ni indah kekadang, kita je tutup mata untuk tengok keindahan tu.
BalasPadam