"Perang ini sudah lama bermula,persoalannya sekarang bila ia akan tamat"- Patlabor The Movie 2

Filem ini ditayangkan pada 1993 dan merupakan inspirasi kepada filem distopia Ghost In The Shell daripada pengarah yang sama,Mamoru Oshii. Berbeza daripada filem pertama dan animasi sirinya,tema yang dibawa oleh filem kali ini ibarat sebuah karya yang sangat berbeza daripada mod dan atmosfera filem pertama. Dalam filem ini watak yang lebih dewasa iatu Kiichi Goto dan Shinobu Nagumo lebih banyak difokuskan berbanding watak Noa dan Asuma yang sememangnya watak utama dalam francais ini.

Sekiranya filem pertama tentang projek Babylon dan kehilangan pengaturcara Eichi Hoba dan hubungannya dengan Labor yang bergerak sendiri tanpa kawalan, kali ini menggabungkan sci fi dan pelbagai isu domestik dan antarabangsa seperti peperangan, keamanan yang tidak adil,ancaman pengganas dan sebagainya.

Dalam pembukaan filem ini,kita dibawa ke sebuah negara di Asia Tenggara yang dipercayai mengambil inspirasi daripada konflik Kemboja dimana pasukan unit Labor daripada Jepun yang meskipun dengan teknologi canggih, akan tetapi mereka tetap kalah hingga hanya seorang yang tersisa  sebelum melarikan diri oleh sebuah unit Tunguska yang merupakan altileri yang jauh di belakang iatu ketika era Soviet berbanding unit robot/Labor yang dibawa oleh mereka. Ketika unit Tunguska melepaskan tembakan kearah unit Labor ini,mereka tidak mampu berbuat apa-apa ekoran dalam artikel 9 tidak membenarkan mereka untuk berbuat demikian.

"Aspiring sincerely to an international peace based on justice and order, the Japanese people forever renounce war as a sovereign right of the nation and the threat or use of force as means of settling international disputes. In order to accomplish the aim of the preceding paragraph, land, sea, and air forces, as well as other war potential, will never be maintained. The right of belligerency of the state will not be recognized.” -Article 9

Hal ini disebut sebagai keamanan yang tidak adil dan dalam filem ini membawakan betapa di era ledakan maklumat ini,peperangan masih berlanjutan dan adapun keamanan yang termeterai adalah keamanan yang berat sebelah apabila seolah-olah memihak kepada pemenang.

Sebaik sahaja kalah Perang Dunia Kedua,Jepun mempunyai banyak kerosakan akibat peperangan di negaranya dan ini menyaksikan terjadi Amerika Syarikat mula 'membentuk' negara ini ataupun disebut"pendudukan pihak bersekutu."  Jeneral pihak bersekutu iatu Dougal MacArthur adalah individu yang mengetuai pembentukan semula sistem politik,ekonomi,undang-undang negara Jepun. Bahkan Perlembagaan negara itu sendiri dibentuk oleh pasukan bersekutu yang dipengaruhi daripada Perlembagaan Amerika Syarikat.

"Sebuah negara tidak pernah ada kawan yang sejati"
-Shigeki Arakawa

Ketika Jepun diberikan wajah yang baru oleh tentera bersekutu, Jepun mula bangkit daripada kekalahan sebelum berkembang menjadi negara berasaskan teknologi tinggi yang hari ini sudah malap pengaruhnya. Akan tetapi perang ini menimbulkan persoalan baharu sebaik keamanan yang dirasai merupakan hasil daripada tangan yang berdarah akibat penglibatan dalam perang dan perdagangan senjata perang semasa perang Vietnam.

Dalam ini filem ini juga disebutkan konflik yang terjadi ditengah filem rupanya sudah lama diekori rapat oleh Tentera AS di Jepun yang bakal memobilisasikan unitnya sekiranya kemungkinan ini tidak dapat diselesaikan dan sekali lagi segalanya bermula dengan sifar selepas perang dunia kedua.

Hakikatnya Amerika Syarikat mempunyai banyak pangkalan di seluruh pelosok dunia. Negara polis dunia ini mempunyai banyak proksi diseluruh dunia dan antara penjenayah perang yang selalu bercakap tentang keadilan. Kuasa veto masih wujud dan disitu jelas berat sebelahnya apabila kebanyakan pemegang kuasa veto adalah penjenayah perang.


Dialog "Perang ini sudah lama bermula, persoalan sekarang bilakah ianya akan tamat" oleh Shigeki Arakawa menimbulkan persoalan sebaik batas antara keamanan yang tidak adil dan perang yang adil hampir tidak terlihat sepertimana keamanan meningkatkan perasaan untuk berperang, dan peperangan meningkatkan perasaan untuk keamanan.

Ulasan